Thursday, February 11, 2016

AYAM GORENG SIMPLE

Bab masak nie mmg aku suka.. boleh aku katakan hobi..
tapi aku suka masak dari MENU YANG SIMPLE DAN SEDAP !
kat sini aku nak share 1 resepi simple ayam goreng aku.
Aku x berapa suka resepi yg terlalu byk bahan tp rasa dia x la sehebat bahan..

try ni :

5 Ketul ayam ( potong sederhana )
1/2 sudu bsr serbuk kunyit
1/2 sudu bsr rempah kari daging/ayam
1/2 sudu bsr tepung goreng ayam cap SERI AJI
garam 1 sudu kecil

digaul semua bersama ayam..
goreng dlm minyak panas dijamin sedap..

p/s: asyik goreng dgn serbuk kunyit ja kan.. try resepi ni plak

^ SELAMAT MENCUBA ^

Thursday, December 12, 2013

10 TIPS BERGUNA DARI PAKAR KANAK-KANAK

IBUBAPA HARUS BACA.. PRAKTIKKAN SUMBER AKU COPY DARI :http://saatakukaupilih.blogspot.com/ (AKU COPY SEBIJIK² YER DARI BLOG BELIAU TANPA UBAH 1 AYAT...) ------------------------------------------------------- Sebenarnya kan, Beberapa bulan sebelum Haikal genap 2 tahun hari tu, kitorang ada jumpa Child Psychiatrist. Nama dia Dr. Sherine. Kalau kat Penang ni, Dr. Sherine ni memang well-known la. Korang boleh jumpa dia kat Hospital Gleneagles, Penang. Kepada yang tak tahu, Child Psychiatrist ni ialah pakar brain development dan behavior kanak-kanak. Macam kalau dia tengok perangai sekian-sekian, dia dah boleh tahu apa masalah budak tu. Gitu. Aku rasa macam tak perlu kot nak explain kat sini kenapa kitorang bawak Haikal jumpa Child Psychiatrist tu. Macam complicated pulak nak cerita sebab musabab nya. So kita skip cerita tu. Boleh naa? Yang aku nak share kat sini ialah.. masa kitorang jumpa Dr. Sherine tu ada banyak sangat input yang berguna dia bagi. Terutama anak-anak yang umur 0-3 years old. Seriously berguna like hell. In fact aku dah praktikkan beberapa tips yang doktor tu bagi. Dan Alhamdulillah memang berkesan. =) Ok aku buat dalam point form la eh. Senang korang nak hadam. 1. Biasakan dan kerapkan bawak anak main pasir, buih, rumput, dan plastesin. Kalau boleh biar dia sentuh guna tangan dan kaki. Biar dia exposed dan touched dengan texture pasir, rumput, buih, etc. Benda-benda tu sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak. Aku nak explain lebih-lebih pon, aku bukan doktor. T_T So mohon akur je lah dengan fakta yang diberikan ini. 2. Don't expose to too much things in a box. "Things in a box" tu macam, tivi, ipad, tablet, phone, games etc. Yang ni paling ngeri. Aku tengok sendiri dengan mata kepala aku, masa pergi special school Dr Sherine tu, ada sorang budak Australian ni. Umur baru 4 tahun. Jari tangan dia, kaki dia, lutut dia, semacam tak normal. Tak tahu nak describe macam mana. Tapi korang nak tahu apa sebab dia jadi camtu? Sebab too much exposed to computer light and touch screen!! Scary nak mampos hoiii. Tak sangka sampai boleh jadi gitu kan. Mak dia exposed budak tu main ipad sejak lahir tau. T_T Aku borak ngan mak budak tu, sampai nangis-nangis makcik tu cerita kat aku. Dia cakap saraf-saraf anak dia dah rosak. Sebab takde rangsangan dan kurang latihan pergerakan masa kecik. Patutnya masa kecik kan, baby aktif gila nak meniarap la, nak merangkak la, nak lompat-lompat la. Kan? Tapi sebab parents dia terlalu busy, dan diorang takde pembantu rumah, so dia bagi je baby tu leka dengan ipad 24/7! Hamik kau. Aku dengar pon macam nak baling lesung batu je kat mak dia. ;D So bila anak dia dah umur 4 tahun ni, baru nak pergi kelas pemulihan. Belajar lompat, belajar meniarap, belajar merangkak. Kesian kan? Sampaikan diorang tak bagi keluarkan apa-apa gadget depan budak tu. Ada sekali tu, phone aku ada SMS masuk, so aku nak keluarkan la dari beg nak check SMS kan. Tetiba Dr. Sherine cakap kuat-kuat, "No handphone in front of Alex! No handphone in front of Alex please!" Gitu. Takut aku. :D Aku ada mintak komen Dr. Sherine tentang gadget-gadget ni. Sebab aku pon selalu je tengok Boboiboy dengan Haikal kat ipad. Hehehehe. So ini jawapan Dr.Sherine, "Takde masalah kalau nak tengok benda in a box ni (ipad, tivi, phone). But make sure not more than 10 minutes at a time." "Never leave the child and ipad alone. Watch with him. Tengok Boboiboy sama-sama dengan dia, interact dengan dia. For example, kita cakap, Oh Boboiboy is wearing a red cap. Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends! Sentiasa interact dengan dia while watching." "It's a good sign when he wants to watch ipad, he asks you to join him. But bad sign when he doesn't want anyone to disturb or join him while he's watching. Itu petanda buruk. So always always always be with him and interact with him while watching." Ini bahasa mudah untuk faham kenapa ipad, tivi, phone, games tak elok untuk perkembangan kanak-kanak, menurut Dr Sherine: Bila kita tengok ipad, mata kita tertumpu kepada satu level sahaja. Tiada pergerakan "rolling" oleh mata. So bila too much ipad, that means no eyes nerves stimulation. So lama-lama pandangan anak tu tak luas. So brain dia pon tak boleh fikir dengan luas/kreatif. So parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby. How? Bawak keluar rumah. Look around. Atas, tunjuk sky, tunjuk airplanes. Bawah, tunjuk grass, tunjuk cat, tunjuk flowers. Kalau tak boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah. Contohnya, boleh guna mainan flash cards ABC tu. Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas. Pastu flash huruf B kat bawah pulak. Pastu flash huruf C sebelah kiri, huruf D sebelah kanan. Dan sebagainya. Dengan cara macam tu, automatik ada "rolling" eyes movement. So bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah camtu, saraf mata dirangsang dengan baik. So brain development pon berlaku dengan baik. Gitu. Aku rasa cukup mudah penjelasan yang Dr. Sherine bagi tu. Terutama untuk orang vangang macam aku ni nak faham. Maafkan saya, saya bukan Doktor. Dulu SPM Biologi B3 je. T_T 3) Stimulate their imitation skills. Imitation skills ni ialah kebolehan mengikut atau meniru apa saje perkara yang dilihat disekeliling. Contoh kalau anak nampak kita clap hands, dia pon ikut clap hands. Camtu. Dr. Sherine kata, ini masalah terbesar budak-budak sekarang. Lack of imitation skills. So vocab kurang, otak lambat pick-up, etc. Because language and speech is also an imitation skill, attitude pon imitation skill, cara berfikir pon imitation skill, dan semua-semua tu pon related to brain development. So parents digalakkan buat kaedah-kaedah macam ni: Say a word, dan suruh anak ulang. Lukis satu simple drawing, dan suruh anak tiru. Buat mimik muka macam nangis, senyum, gelak, marah dan suruh anak tiru. Buat satu kerja mudah macam susun bantal atas katil, susun buku kat rak, dan suruh anak ikut. Nyanyi satu lagu, dan suruh anak ikut nyanyi. Dance mengikut muzik, dan suruh anak tiru step yang kita buat. Buat satu pergerakan macam merangkak, lompat, mencangkung, bergolek, dan suruh anak buat sama. Gitu. Oh lagi satu, Dr. Sherine cakap, pergerakan merangkak ialah sangat-sangat bagus. Sebab dia melibatkan seluruh anggota badan, dari kepala ke hujung kaki. Dan menurut kajian, baby yang mengalami fasa merangkak yang lama, dikatakan lebih genius dan berfikiran kreatif berbanding baby yang merangkak sekejap atau tak merangkak langsung (terus boleh berjalan). Part ni aku terkedu. Sebab Haikal memang tak merangkak langsung. Dia tu kan dulu lepas meniarap, terus duduk. Lepas duduk terus berdiri dan berjalan. T___T Tapi takpe. Dr. Sherine kata masih belum terlambat. So sekarang hari-hari aku suruh Haikal jadi tiger. Sebab nak suruh dia merangkak. Kahkah. 4) Banyakkan concept toys berbanding mainan superheroes, monsters, etc. Concept toys tu macam, ABC 123 blocks, Lego, animals (yang realistic dan senang nak recognize), shapes blocks, vehicles, colour blocks, etc. Sebab benda-benda ni boleh tambahkan vocab anak. Plus boleh belajar sambil bermain. Dr. Sherine kata, avoid belikan mainan-mainan yang tak realistik. Macam barbie doll, superheroes dalam tivi, monsters, etc. Sebab masa bermain, dia tak boleh kaitkan dengan dunia realiti dia. Takut dia terlebih taksub dengan dunia yang fantasi tu pulak. Macam tak elok sangat la kan. Padahal aku pon banyak je belikan Haikal mainan otromen. T_T Siap nak tidur pon, Haikal akan selimutkan otromen. Mama dia dapat selimut sipi-sipi, sikit pon Haikal tak peduli. -..- 5) Bila nak ajar anak bercakap, ajar word dulu, avoid sentence. Contoh macam kalau kita pergi zoo, kita nak tunjuk elephant kat anak, better cakap, "Elephant!" bukan "That is elephant!" atau "Wow u see that big elephant?" Camtu. Unless kalau anak dah hafal animals tu semua, so boleh ajar sentence dengan adjective pulak. Contoh, "Tall giraffe. Big elephant. Beautiful butterfly. Yellow bird." Avoid guna perkataan "The This That And With etc". Direct je cakap "Big tiger. Beautiful bird." Camtu. Ajar word by word. Nak ajar budak bercakap kena slowly dan repetitively. Bila nak bagi arahan pun sama. Sebut perbuatan itu sahaja. Without a complete sentence. Contoh, "Eat." bukan "Come and eat." atau "U must eat." "Sit." bukan "Come and sit beside Mama" atau, "Sit and keep quiet." Lama-lama budak tu akan cepat recognize, which one is noun, adjective, verb, etc. Lepas dia dah banyak vocab, baru boleh start ajar buat sentence. 6) Kalau budak takut strangers. Ask them to high-5. Avoid salam, hug or kiss. Biasanya budak yang takut strangers ni sebab dah banyak kali trauma atau ada bad experience each time jumpa strangers. Contoh budak yang selalu sakit. Banyak kali jumpa doctor/nurse yang asyik cucuk atau bagi ubat etc. So bila jumpa strangers mana-mana pon, dia expect orang tu akan buat pape kat dia. So macam fobia camtu la kan. Untuk overcome benda ni, Dr. Sherine tu suggest, bila jumpa je sesiapa yang anak tu takut, Suruh orang tu high five dengan anak kita tu. Biasanya kalau kita jumpa kawan ke saudara mara ke, mesti diorang nak pelok cium salam anak kita kan? So kalau anak yang jenis takut strangers ni, jangan bagi orang salam pelok terus, suruh high-5 dulu. Kalau orang tanya kenapa, jawab ikut style nigga. Yaw yaw yaw. ;D Menurut Dr. Sherine, high-5 is very powerful. Dia boleh ubah mentaliti anak within seconds. Bila kita high-5, akan berlaku sentuhan dalam beberapa saat, dan budak tu akan realize yang orang tu tak merbahaya. So lepas tu, dia akan ok la dengan orang tu. Gitu. 7) Bila anak buat salah. Explain instead of marah. Macam kalau anak main marker pen, conteng satu rumah. Hoih mahu kau tak hangin kan?? So Dr. Sherine tu kata, instead of marah-marah membebel tak tentu pasal, better explain clearly kat anak tu kenapa benda yang dia buat tu salah. Ingat, anak tu tengah exploring his world, bukan sesaje nak cari pasal dengan kita. Lagi satu, setiap kali explain atau bercakap dengan anak, make sure mata kita dengan dia satu level. Melutut depan anak. Jangan cakap atau marah sambil berdiri, anak jadi bertambah takut. Nanti dia tak absorb pon apa yang kita nak sampaikan. 8) Overly-attached to one person is not a good sign. Contoh macam anak tu rapat dengan mak je, dengan ayah tak berapa rapat. So itu petanda tak bagus. Something wrong with his self-esteem. So kena biasakan dia rapat dengan semua orang. Especially family members. 9) Bila bermain, follow his interest. Kalau anak nak main ball, jangan tetiba korang nak ajak dia main basikal. Kalau anak nak melukis, jangan korang nak ajak dia main ball. Gitu. Ikut kehendak anak pada ketika itu. Sebab brain development akan berlaku pada tahap maksima bila budak tu betul-betul interested dan happy buat sesuatu perkara. Lain la kalau anak mintak nak main benda bukan-bukan. Haruslah dimarahin dong. 10) Bagi pilihan jawapan untuk enhance communication skill anak. Contoh bila kita bertanya sesuatu kat anak kita, kalau anak diam je sebab tak tahu nak camane, jangan biarkan soalan tu tak berjawab. Kita yang kena bagi pilihan jawapan kepada anak. Contoh macam kalau kita tanya, "Kenapa Haikal menangis?" Tapi Haikal diam je, mungkin sebab tak tahu nak jawab macam mana. So kita bagi la beberapa pilihan jawapan, macam "Haikal jatuh?" "Haikal sakit perut?" "Haikal nak ikut papa pergi kerja?" "Haikal bosan?" Itu contoh. Even if dia respon dengan sekadar angguk je pon dah memadai. At least soalan dah terjawab. Dan lama-lama kang dia tahu la nak jawab macam mana if soalan yang sama diajukan di masa akan datang. Ok tu je 10 tips yang dapat dikongsi. Lagi sekali, tips-tips ni ialah dari Dr. Sherine, Child Psychaitrist dari Hospital Gleneagles. Bukan keluar dari mulut aku ye.Bukan aku reka ke apa. Cuma aku tulis ni ikut bahasa aku la kan. Supaya korang pon senang nak faham. Niat aku satu je. Nak share supaya korang pon sama-sama dapat manfaat. Sebab seriously semua tips ni aku dah try dan setakat ni Alhamdulillah, aku nampak kesan positif pada Haikal. Kesan dia sangat drastik ok. Sebab budak 0-3 y.o. ni development diorang memang lajuuuuuu. So korang kena cepat praktikkan tips-tips di atas. =) Tapi of course semuanya berlaku dengan izin Allah. Tapi tak salah kita ikhtiar yang terbaik dan termampu. Part usaha, doa, tawakkal tu kan tugas kita. InsyaAllah, outcome dia nanti menggembirakan kita. Sebab Allah tak pernah kecewakan hamba dia yang berusaha bhai..

Friday, November 29, 2013

Kisah yang Flashback

Salam Jumaat... Salam & Selawat ke atas nabi Junjugan Kita...Nabi SAW di hari jumaat nie,,, __________________________________________________________________________ Sengaja aku nak cerita, bukan apa tiba² ada cerita lucu yang terjadi kat opis aku... Teringat aku beberapa kisah lucu yang terjadi dalam hidup aku, yang kadangkala Automatik ia di flashback tak kira masa... Anda semua pasti pernah ada cerita lucu yang tiba² muncul difikiran untuk dikenang dan seterusnya tersenyum sorang²... huhh bahaya² silap org yang perasan kita senyum tiba² kata kita x betui... KISAHNYA Ada seorang kawan aku di opis lama aku nie... pada pagi kejadian dia datang ke opis dengan membawa sebekas kuih yang dia cuba buat mlm sblm tu.. masam aje mukanye, katanya kepada ku... alaa Puding yang dia buat nie tak jadi... tak tahu apa salahnya...semua dia ikut resepi sebiji²... tp begini la jadinya seperti agar2 yang jatuh ke lantai... HAHA... then aku kesian dgn nasib yang menimpa kawan ku itu, lalu aku bertanya dari mana dia dapat resepi... rupanya dia ambil resepi puding tu dalam blog aku... nak tergelak guling² aku mendengarnya... dia pelik bila aku gelakkan dia... Alkisahnya... resepi yang dia ambil dalam blog aku belum habis ditulis resepinya, disebabkan time aku menulis resepi tu sudah sampai time pukul 5, jadi aku save setakat yang sempat aje dulu... dengan tujuan esok aku akan sambung resepi penuhnya... Tapiii... tanpa pengetahuan aku kawan aku dah pon mencuba resepi Puding yang separuh siap aku tuuu... apalagi memang tak jadii laaa... HAHAHA...sori my friend...aku bukan sengaja...memang sangat lucu bila aku mengenang cerita ni.... btw aku rindu sangat dengan kawan² aku di opis lama... byk sangat kenangan dengan depa.. rinduu nyaa...

Wednesday, November 27, 2013

Tudung x Match Dgn Baju ???

Assalamualaikum... Aku sekarang tengah memerhati fesyen² warna tudung yang dipakai oleh wanita zaman moden ni.. Apa yang aku Nampak ialah Warna tudung langsung x matching dengan warna baju... Apakah itu satu trend ? Yaa bg aku ia memang Nampak cantik, dan dari sudut lain aku lihat ia cantik bila orang yang memakainya mmg sedia cantik... Pernah aku tengok seseorang memakai baju Biru kosong dipadan dengan Tudung Merah tanpa corak... Memang cantik ! lps tu baju kuning, tudung pink... bagi aku ini tidak menjadi satu kesalahan yang penting kita pandai mengenakannya dengan diri kita.. dan lagi satu kebaikan nya yer... iaitu Tak payah laa kita duk penin² mencari tudung yang matching dgn baju kita pakai... Hentam je lah labu warna apa pon, janji ko selesa dengan apa yg ko pakai... jangan Nampak kekok sudah... Try laa... aku dah try mmg takde org kate pelik... klu dulu ye.. bila pakai tak match, mesti kawan2 kita akan tegor... membuatkan kita rasa tidak tentu arah bila pakai tak match... sekarang tidak lagi okeyyy...

Monday, November 25, 2013

Ku sapukan Habuk di Blog Mulai Saat Ini... Doakan Aku

Assalamualaikum... Dengan kesibukan dan dengan kemunculan media social lain, menjadikan aku semakin liat nak meng'updet' blog kesayangan aku nie... bukan aku lupa tapi masa tidak mengizinkan... Kali ini aku harap aku lebih rajin kerana aku sedang try buat bisnes menjual pakaian kanak² sebagai mengisi masa terluang aku yang ada.. In Shaa Allah... Okey, berbalik kepada blog yang aku x jenguk begitu lama juga... terdetik aku untuk membaca entry² aku yg lepas²... kenapa aku rasa begitu lucu dengan entry² aku sendiri... x lupa dengan komen² ikhlas para blogger yg sudi beri komen...aku bacanya dengan rasa suka sekali... Terima kasih pada yang sudi singgah & yang sudi follow... Terima kasih banyak²... Semoga kita dapat menjadi kawan dan bertukar pandangan... I hope I will be serious to update blog often... Salam...

Monday, March 19, 2012

First time @ First Lady Boutique

Salam...

Susahnya nak mencari baju ready made.
Bukan susah nak mencari kedai yang jual baju ready made...
tapi susah nak mencari saiz baju ready made bersaiz kecil...
Aku biasa pakai saiz 36 @ S @ XS....almaklumlaa aku nie kategori bersaiz kecik molek...
susah....klu saiz 36 tu plak blom tentu betul² saiz 36....kdg tu besar jugak mcm saiz 38, S pulak kdg mcm saiz M....

Tapi alhamdulillah....kat First lady aku dapati saiz 36 @ S @ XS betul² menepati potongan orang bersaiz kecil....so kemarin aku berkenan laa dgn satu baju kurung yang aku kira cantik menawan dan sgt affordable....jadi dapatlah 1 baju ready made untuk aku..

Masalah saiz ini lah yang menyebabkan aku x suka membeli baju ready made...

p/s: Entry ini sepi tanpa gambar...lupa nak snap gambar...

Thursday, March 15, 2012

☺Sekadar Renugan ☺

Fikir²kan...renung²kan...dan selamat beramal....
(Pinjam quote Prof.Izi)...hehehe

--------------------------------
"Sesiapa Yg Menghina Seseorang Kerana Dosa Yg Pernah Dilakukannya, Maka Dia Tidak Akan Mati Sebelum Melakukan Dosa Tersebut" (Riwayat Tirmizi).

Kesimpulannya : Sesiapa Yg Menghina/Mengutuk/Mencaci/Mengumpat Seseorang Yg Pernah Melakukan Perkara Yg Tidak Baik/Buruk, Maka Org Yg Menghina/Mengutuk/Mencaci/Mengumpat Itu Tidak Akan Mati Sebelum Dirinya Melakukan Perkara Tersebut. Wallahulam.... Allah Itu Maha Adil. Renung²Kanlah Yer...

-------------------
p/s: to me...janganlah menghina org lain sebaliknya berdoalah untuk dia supaya berubah menjadi baik...kerana diri kita pon ada kelemahannya....


Sekian....

Wednesday, February 22, 2012

Betul tu.....setuju sangatt....



► Kita tulis benda2 baik..Tak semestinya kita baik..
»» tapi sekurang kurangnya kita tak tulis sesuatu tak baik kan? ✔

► Kita cakap benda baik, tak semestinya kita baik..
»» tapi sekurang-kurangnya kita tak cakap perkara2 tak baik kan? ✔
...
► Kita buat baik, tak semestinya baik..
»» tapi sekurang-kurangnye kita tak buat benda yang tak baik kan? ✔

••► Kita bukanlah bagus sangat..tapi InsyaAllah, tak salah kita menuju dan berusaha untuk menjadi baik..Amin Ya robbal 'alamin.......''




Monday, February 20, 2012

Teknik Dan Tips membuat Muffin

Salam...

Akhirnya aku dh terjumpa tips mcmana nak bikin muffin. Selalu tips yang aku jumpa susah nak aku paham. Tips muffin kali ni aku jumpa dr belog hanamemories.blogspot.com...
Aku bkn apa tringin nak buat muffin hingga menjadi....malah aku juga tringin nak buat bisnes muffin ni secara serius....

Teknik dan Tips Membuat Muffin

ALkisahnya.. Muffin berasal dari bahasa Perancis moufflet yang bererti roti yang lembut. Dalam bahasa Jerman muffe yang merujuk pada salah satu jenis kek. Muffin dikategorikan sebagai quick bread kerana proses pengembangannya tidak menggunakan yis tetapi baking powder@soda bikarbonat dan juga telur. Baking powder mutlak dalam pembikinan muffin. Sedangkan soda bicarbonat tidak wajib, hanya ditambah ke dalam adunan yang biasanya mengandungi coklat atau yang mengandungi byk cairan dan buah2an utk `mengering`kan adunan.

Cara mengaduk adunan

Prinsip dasar membuat muffin adalah mencampurkan bahan kering dan bahan cecair. Aduk campuran bahan dengan senduk kayu/spatula hanya beberapa kali sahaja (biasanya 5 kali) asal bercampur semuanya. Jangan dikocok@mixer! Adunan yang terbentuk memang tidak licin, berbongkah-bongkah, bahkan kadang kala masih terlihat bahan kering belum menyatu dengan bahan basah. Bila adunan terlalu lama di aduk akan menghasilkan gluten, yang akan mengakibatkan muffin menjadi bantat, dan teksturnya kasar dan penuh lubang.

Cara menuang adunan ke dalam cup

Tuang adunan muffin ke dalam cetakan menggunakan sendok atau skoop aiskerim hingga hampir penuh atau 3/4 penuh agar tinggi permukaannya selepas masak. Ketika menuang, adunan muffin harus dalam bongkahan yang besar, bukan mengalir seperti kek (tanda muffin terlalu banyak di aduk). Jika lubang tray muffin tidak terpakai semua, isikan juga dengan mangkuk kertas agar loyang tidak terlalu panas dan mengakibatkan loyang cepat rosak dan muffin yang berdekatan dengannya kurang kelembapan.

Cara membakar Muffin

Salah satu kunci kejayaan membakar muffin adalah kepanasan oven yang tepat! Panaskan oven suhu 200darjah celsius selama 20min. Pasang rak di tengah, bila terlalu ke bawah, dasar muffin akan terlalu kering, bahkan kosong. Adunan yang sudah di tuang harus terus dibakar. Untuk hasil terbaik, usahakan membakar muffin sekali harung sahaja! Biasanya hasil yang kedua tidak sebaik yang pertama. Jika terlalu banyak, campurkan adunan kering dan basah setengah bahagian dahulu, setelah adunan pertama masak, baru campur baki adunan dan terus dibakar.

Masa membakar muffin antara 20-25min, Untuk mengetahui muffin masak, masukkan sebatang lidi ditengah muffin, jika masih melekat maknanya belum cukup masak. sebaliknyer jika lidi dilihat bersih bererti muffin sudah masak. Muffin yang sempurna pembuatannya adalah permukaannya yg menggunung dan berlaku sedikit rekahan! teksturnya tidak halus seperti cake, tetapi berlubang kecil rata dan lembab. Jika muffin hanya naik sebelah, maknanya oven terlalu panas. Masing2 mempunyai oven yang berbeza2 suhu kepanasannya. Maka sesuaikanlah mengikut kepanasan suhu oven masing2. Jika suhu 200 muffin yang di masak cepat hangus, maka turunkan 10darjah celsius.

Penggunaan Loyang

Ada dua ukuran standard muffin iaitu yang berlobang 6 utk 200ml dan berlubang 12 utk 100-150ml. Selain yang berlogam ada juga yang bersilikon. Loyang yang berwarna gelap lebih menyerap panas. Oleh sebab itu turunkan suhu 15-20 darjah celsius dari panas yang diminta dalam resepi saat menggunakannya.

Sekian.

INFO: Apa itu Emas, Bagi anda yang baru berjinak dgn Pelaburan Emas...

Salam...

Saja nak kongsi dgn korang info menarik berkenaan EMAS. Korang tahukan pelaburan emas ni sgt menguntungkan dalam jangka masa panjang....TAPI korang harus teliti dalam memilih pelaburan emas ni....ok jom baca info tersebut yang aku dpt dr sebuah belog emas ni....


knp saya memilih
menyimpan emas bukan wang tunai.. MENGAPA anda perlu menyimpan emas?
1. Emas
ialah kekayaan yang sebenarnya
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka
masa panjang.
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa
panjang
4. Aset yang terunggul
5. Ia tidak boleh
dimanipulasikan/dimusnahkan

Sekarang kita kupas lebih lanjut mcm mana ingin bermula..tp sblm
itu,sy ingin menerangkan terdapat 2 Cara Membuat Pelaburan Emas di Malaysia
iaitu:

1. Pelaburan secara emas fizikal (syiling emas,jongkong emas,
barang kemas)
2. Pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas (Maybank,
Public bank)

Daripada 3 kategori emas fizikal ini, cuma syiling emas dan
jongkong emas boleh dikategorikan sebagai emas pelaburan. Ini kerana syiling
emas dan jongkong emas sememangnya dibuat khusus untuk tujuan pelaburan. Barang
kemas bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi disebabkan
kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu susut nilai bagi barang kemas
adalah tinggi (25 % - 40%).

Di Malaysia, terdapat 6 institusi yang menjual emas fizikal untuk
pelaburan iaitu:
1. Maybank - Syiling Kijang Emas
2. UOB Bank – Syiling
Emas dan Jongkong Emas
3. Public Fine Gold International Sdn. Bhd. Gold –
syiling dan jongkong emas
4. Public Dinar – Dinar emas
5. Dinar Emas
Kelantan – Dinar emas
6. Kedai emas Poh Kong, Habib Jewel dan sebagainya –
jongkong emas

So,institusi mana yg terbaik utk membeli emas fizikal yea ??
Bdasarkan kajian yg telah sy lakukan,sekiranya anda membeli emas dari bank@kedai
emas,jika emas anda rosak, terguris, bcalar, bengkok, tbukak sampul@seangkatan
dgnnya,institusi ini TIDAK akan membeli semula emas anda..jadi institusi mana yg
Patut Kt Pilih ??? Jawapan sy ialah PUBLIC FINE GOLD..ok,knp sy memilih
institusi ini,adakah kerana sy seorg dealer public gold ?? Ini bukan soal sy
dealer@keuntungan komisen,tetapi ini psoalan institusi mana yg boleh menerima
semula emas kt seandainya emas kt bcalar,bengkok,terguris dan sebagainya. Di
sini,anda tidak perlu lg risau kerana Public Gold memberi jaminan akan membeli
kembali emas mereka walaupun ada kesan calar, guris, bengkok dan patah asalkan
berat tetap sama semasa timbangan. Ini sangat penting jika anda selalu
menggadaikan emas anda di Ar-rahnnu.

Sekarang anda telah mengetahui bahawa terdapat 2 jenis emas
pelaburan yang boleh dibeli iaitu emas fizikal dan akaun simpanan
emas.

Persoalannya, yang mana satu sesuai dengan anda? Emas fizikal atau
akaun simpanan emas? Jawapan saya :
BELI EMAS FIZIKAL.
Ia jauh lebih baik
daripada akaun simpanan emas. Ini kerana anda boleh menggadaikan emas fizikal
dan memperoleh wang jika memerlukan. Jadi, walaupun harga emas jatuh anda tidak
akan mengalami kerugian. Berbeza dengan akaun simpanan emas. Anda akan mengalami
kerugian jika menjual pada harga yang rendah daripada harga belian. Anda perlu
menunggu sehingga harga naik sebelum mendapat keuntungan.

Emas fizikal boleh dijual pada bila-bila masa kepada sesiapa yang
ingin membelinya walaupun ketika cuti atau waktu malam sedangkan untuk akaun
simpanan emas anda cuma boleh menjualnya di bank ketika waktu
perbankan/pejabat.
Jika anda menghadapi masalah untuk menyimpan emas fizikal
atau takut risiko kehilangan emas fizikal anda boleh menyimpan emas fizikal anda
di peti simpanan khas di bank spt RHB.



Sekian, harap dpt menambah pengetahuan.....

Thursday, February 16, 2012

Masin Mulut....@ Kata² di Makbulkan

salam...

Just wanna share something that happened to me....

Begini....

Lebih kurang 3 minggu yang lalu....anak lelakiku yang sorang tuu diserang demam lebih kurang seminggu lamanya....disamping demam tu ada ku lihat bengkak dibahagian leher kanannya....bila di rujuk kepada doktor kata doktor itu adalah beguk...

Simpati dan sgt kesian keadaan anakku sehingga kurang aktif tp masih mahu bermain walaupon x seaktif seperti sebelum nie....keadaan bengkak dileher dia tuu membuatkan dia tak boleh nak toleh ke sebelah kanan...seolah² seperti robot pergerakannya...jika nak toleh kekanan sekali badan²nya akan ditoleh sama.
Sebelah malam jgn ckp laa....badan mmg panas memanjang, dan sedikit gelisah ketika tidornya....sebelah siang kurang bermain dan kurang pula selera makan....

......so, melihatkan keadaan anak aku seperti itu....lalu aku pon berdoa kpd Allah agarkan kurangkan la penderitaan anakku dan berikan kesakitan itu kepada ku...

dan...x lama slps tu anak aku beransur sembuh, aku pula demam (mungkin demam berjangkit dr anakku).....dan skrg aku dapati tengkuk aku juga ada bengkak sama spt anakku....bengkak itu ditempat yg sama....aku x pasti bengkak itu disebabkan apa...samada disebabkan gigi aku yg mmg pernah sakit sebelum ni...atau bengkak disebabkan doaku dimakbulkan....Wallahualam....

Sekarang anakku telah pon sembuh sepenuhnya....Alhamdulillah sihat seperti sediakala...
dan...aku perlu pula utk berjumpa doktor....klu krn gigi...aku ku setelkan hal gigi aku ni....

sekian....

Tuesday, February 14, 2012

14 Februari.....dan suatu kebetulan ♥

Hampir setengah hari pd hari ini baru aku perasan yang hari ini adalah 14 Februari...yang dikatakan 'Valentines day" laa konon....hari kekasih....kekasih siapa ??? Valentine ???
Aku x sambut....serius aku xnak sambut....apa yang lebih membuatkan aku tringat pada tanggal 14 Februari ini adalah....pada hari ini jatuhnya Hari Ulangtahun kelahiran kakak sulung sebelah suamiku a.k.a kakak ipar aku lah kan....Semoga Allah berkati umurnya juga selamat lah beliau melahirkan anaknya yang ke-6 pada Mac 2012 nie...insyaAllah....

X lupa juga keesokannya tanggal 15 Februari merupakan Hari ulangtahun kelahiran kakak sulung ku....Semoga kakak sulung ku ini diberkati Allah & dimurahkan rezeki...

see....nak dkt² kan tarikh antara kakak sulung ku dgn kakak sulung suamiku...nama pon nak dkt sama...kakakku bernama Norizah, kakak suamiku pula Norizan....kedua²nya anak sulung dlm keluarga....itu hanyalah satu kebetulan, yang mana kebetulan itu dptlah aku cerita kan kat dlm belog aku nie...

Sekian....

Wednesday, February 8, 2012

Aku tekad....

Aku ingin sesangat nak ceburkan diri dalam bisnes. Tapi setakat ini aku hanya mampu nak buat bisnes secara online....aku mesti secara serius utk mengusahakan bisnes online ni....insyaAllah tunggu....bisnes apa....tunggu....
________________________________________

hari ni....saja nak kongsi 1 quote yang aku dapat kat facebook...menarik...sangat menarik.....iaitu.....

"jika kita selalu ingat duit bermakna kita hamba duit, jika kita selalu ingat Allah bermakna kita hamba Allah"

quote diatas betapa menyedarkan aku.....

duit mmg 1 keperluan tapi ia bkn kebahagiaan sebenar......jika duit tak berkat, ada 1 juta dlm tangan pon masih ingin mencari duit......

sekian, entry versi mengantuk dariku buat hari nie....

Friday, February 3, 2012

♥Buku apa yang menarik di kala ini bagi aku.....☺☺♥

Salam...

Hari jumaat di opis sangatlah seronok....kerana apa....kerana masa berkerja yang pendek....punyai waktu rehat yang panjang....Bila waktu rehat yang panjang....Panjang jugalah kaki....jangan panjang tangan sudah laa....☺

Hari ni....aku telah berkenan untuk menuju ke kedai buku popular. oklah malas nak cerita panjang (bkn xnak taip pjg, aku mmg seorang yang kurang kata² heheheh)....ini dia 2 buah buku yang aku telah rembat kat popular....harap ia bermanfaat untuk aku...


Semua orang tahu kan...makan buah²an ni bagus untuk kesihatan....insyaAllah nanti aku aku kongsikan kebaikan isi buku nie...

dan 1 lagi buku adalah...jeng jeng jeng....


aku membeli buku nie sbb aku tringin nak solek pengantin ....hehehe...in case klu ade sedara mara nak bertunang ke ape...bleh laa aku hulurkan khidmat....☺☺

Tuesday, January 31, 2012

■ Petua Elak Anak Selongkar Laci & Almari■

Salam...



Lately anak bujang ku yang sorang tuu kdgkala suka juga buka laci almari atau buka pintu almari sliding dalam bilik tido utama kami. Tapi, alhamdulillah anakku tidak menyelongkar barang² yang ada dalam laci atau almari....sebaliknya dia hanyalah bermain pintu atau laci almari tersebut dengan membuka dan menutupnya berulangkali....ada x yer petua utk elakkan anak kecil berumur 2-4 tahun bermain pintu laci atau alamari??

Aku cuma terjumpa petua "Elak anak Selongkar Laci & Almari"....rasanya x sesuai utk di praktikkan kat anak aku...sbbnya anakku ini x menyelongkar pon benda² didalamnya...

Okey, bagi sesape yang ada anak suka menyelongkar almari bolehlah mencuba petua ini...

petuanya begini....lain kali bila potong kuku tangan dan kaki anak jangan pulak dibuang, sebaliknya simpan dan masukkannya dalam almari. InsyaAllah selepas ini anak anda tak berminat nak menyelongkar lagi...

Selamat mencuba....no harm to try....wlupon x terbukti kelogikannya....

Friday, January 27, 2012

♥Betulkah anak aku sebijik macam Aku ??♥

Assalamualaikum....

Tajuk apakah itu???
Begini....dah lama rasanya menyimpan rasa terpendam ni....dah lama juga lah semenjak aku bergelar ibu lebih 3 tahun lalu kepada seorang bayi lelaki....

Apa yang aku nak highlight disini adalah....wajah anakku punya iras yg serupa denganku...betulkah begitu yer? 100% kawan² aku mengatakan anakku mmg ikut iras aku....cuma aku sendiri sungguh x pandai nak pastikan betulkah ye kenyataan itu....aku suka sbnrya....suka sgttt.....kata orang anak lelaki jika ikut muka ibu bagusss....apa yang aku perasan adalah bukan sahaja muka punyai iras aku....malah perangai pon sebijikk sama macam aku daaa....aduhhhhhh....hahaha....aku tahu apa yg bagus dan tak bagus yg aku ada....aku harap yang bagus aje lah diambil yer....
Aku harap juga anakku punya jati diri baik dalam dirinya walau di mana ia berada...



Monday, January 9, 2012

2012 yang mengejutkan

Salam...

Tanggal 4 Januari 2012, pada hari rabu, iaitu hari pertama aku melangkah kaki memasuki ke tempat kerjaku...aku dikejutkan dengan berita permergian rakan sekerja aku....Allayarhamah berusia 26 tahun pergi meninggalkan ahli keluarga dan sehabat handai buat selama² nya....Alfatihah....Allayarhamah meninggal akibat penyakit buah pinggang....dirimu ada dalam kenangan kami semua.....


Allayarhamah adalah yang gambar berdiri tuu...

Wednesday, September 28, 2011

Open House : Biar pandai jangan memandai²...

Salam korang....

Hari ni adalah hari terakhir untuk kita beraya yer...
oleh itu sapa yang nak pasang lagu raya, yang nak p jamuan raya, yang nak kutip duit raya....silalah lakukan hari ni yer....
Opsss....klu ada baju raya yg masih x pakai lagi tuu...takpe...jgn stress..slps raya pon boleh melaram....begitu juga dengan kueh raya, lps raya selongkar laa tin² kueh klu masih ada laa....

Raya tahun ni banyak lah jugak aku menghadiri open house , yang paling istimewa adalah open house di rumah mantan PM kita tuu....Pak lahh ler...di Kepala Batas..rumah aku kan berdekatan aje dgn umah Pak lah....

act...aku nak cerita kenangan yang mmg x dapat aku lupakan pasal open house ni...dan x leh langsung nak lupa perkara nie walau dah hampir 8 tahun berlalu....alkisahnya begini....
"Pada suatu hari....
eh silap....mcm nak wat karangan lah pulak.....

oklah dipendekkan cerita....lebih kurang 8 tahun yang lepas, jabatan aku berkerja nie buat laa open house....masa tu aku baru masuk kerja lebih kurang 3 bulan laaa...
then aku pon.....aku pon....dengan memandai² p jemput kawan aku dari jabatan lain...
huhh....bila open house tu berjalan....kawan aku pon datang laa, dia bawak ramaiiiii sgt tidak seperti yang aku sangka....aduii terkedu akuu....
Then..........tetiba aku sedar...eh patut ke aku menjemput org jabatan lain nie....aku jadi serba salah....takkan nak halau pulakk....
then....aku pon p slow talk ngan seorang staff jabatan aku nie....so dia kata tak palaa....eeee....lps tu tobat laa nak memandai² lagi.....bukan apa aku ingat ker open house ni utk 1 building leh dtg makan....nama pon open house kan...hehehe...rupanya atas jemputan aje....


ni gbr masa open house kt opis tahun nie...

sekiannnn....

Wednesday, September 14, 2011

Sanggul tiruan : X sangka ada yang sanggup memakainya...

Salam korang....

Sebagai seorang muslim....ku ingin bertanya...sanggupkah anda membeli sanggul tiruan utk dipakai diatas kepala semata² utk menampakkan bonggol diatas kepala semasa pemakaian tudung. Pemakaian tudung itu sendiri adalah utk menutup aurat, tapi kenapakan anda merosakkan pemakaian tudung itu dengan bonggolan di atas kepala yang jelas hukumnya haram...Astaghfirullahilazim....jgn lah kita menambahkan dosa free, cubakan la minimize dosa seharian yang dilakukan tanpa disedari....aku yakin rata² kaum hawa telah sedia maklum dengan hukum sanggul bertudung ini....tapi masih nak juga buat mcm tu....yang paling sedih tu ada juga wanita yg sememangnya berambut pendek tetapi sengaja meninggikan sanggul nya....Astaghfirullahhilazim.....
Kalau wanita itu berambut panjang sekali pon rasanya dia masih boleh merendahkan sanggulnya....mmg aku respek dgn wanita yang berambut panjang tp masih merendahkan sanggulnya dalam pemakaian tudung....tahniah kpd wanita² ini....

Renung²kan lah hadith² di bawah :

Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat).

Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” – Hadith Riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah S.A.W bersabda:

“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang.

Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” – Hadith Riwayat Muslim. Hadith no 212.

Jawapan dari Ustaz Nor Amin

Ingatan kepada semua, wanita yang tidak menutup aurat adalam dosa dan haram perbuatan tersebut. Wanita yang bersanggul tinggi yang tidak menutup aurat adalah dosa dan haram sepertimana dinyatakan oleh hadis yang pertama di atas. Masalah ini beza dengan wanita yang bertudung, tetapi mempunyai sanggul tinggi di dalam tudungnya.

Masalah sanggul rambut tinggi seperti bonggol unta ini mestilah dilihat dari tujuannya. Kenapa disanggulkan rambut tersebut? Adakah ia untuk diperlihatkan kepada orang ramai? Adakah untuk menjadikan dirinya cantik? Atau sebagainya. Menurut saya, kalau sanggul tersebut dibuat adalah untuk kecantikkan dan diperlihatkan oleh orang yang bukan mahram, maka ia haram kerana ia menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram. Ini jelas bahawa wanita Islam hanya boleh menghiaskan dirinya untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain. Malangnya wanita Islam sekarang ini tidak tahu maksud perhiasan yang dibenarkan dalam Islam. Ada wanita yang memakai pakaian biasa di rumah dan hadapan suaminya dengan alasan tidak bergaya disebabkan duduk di rumah sahaja, senang nak buat kerja rumah dan sebagainya. Tetapi apabila wanita tersebut keluar rumah dengan pakaian serba cantik dan memakai minyak wanginya hampir sebatu bauannya sehingga menarik perhatian orang lain. Inilah yang dikatakan haram walaupun niatnya betul dan berpakaian kemas dan cantik.

Sanggul tinggi adalah harus apabila tidak menarik perhatian orang lain dan tidak mempunyai niat-niat yang tidak baik sepertimana dinyatakan di atas. Awas!!! Jika sanggul tersebut dapat menarik perhatian orang bukan mahram dan boleh membangkitkan syahwat orang lelaki lain, maka ia menjadi haram dan perlu menukar teknik sanggulnya dari tinggi menjadi rendah. Harus bersanggul tinggi dihadapan suaminya atau berpakaian cantik dihadapan suaminya, kerana ini adalah suruhan agama berhias untuk keselesaan suaminya.

Jika dilihat dari tren orang sekarang ini berfesyen seperti sanggul tinggi dan fesyen tudung yang semakin hari semakin menjadi-jadi fesyen tersebut. Pendapat saya, jika fesyen tersebut tidak melanggar hukum Islam atau syariat Islam tidak menjadi masalah. Kalau ia melanggar syariat Islam walaupun bertudung, tetapi berpakaian ketat seolahnya bertelanjang sepertimana yang ada sekarang, maka itu menjadi haram. Hadis Nabi Muhammad yang bermaksud :

“Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim).

Sumber: Ustaz Nor Amin Sayani bin Zainal

Thursday, September 8, 2011

Edisi Raya : Kueh raya, ketupat & rendang....

salam Aidilfitri korang....

Hari ni baru lah aku ada mood sikit nak cerita pasal raya....
Kan raya kali ni adalah kali pertama aku menyambutnya dirumah baru aku...
aku rasa feel sangat kali nie....syokkk

syokk nya sehingga membuatkan aku rajin utk membuat ketupat dan pencicahnya sendiri....cayalah buat diri aku !!!....kerajinan telah melanda.....dan tak lupa juga aku buat sendiri 3 jenis kueh raya...huiyooo...mmg betul² bleh masuk Malaysia book of records laaa....tp perasan je sape yang nak list kan nama aku masuk dlm tuu yer....buang karan je !!!

okey utk tidak menyepikan entry ni....meh aku kongsikan gbr² ketupat dan kueh raya hasil buatan aku dan dibantu oleh en. hubby ku....apapun thanks my hubby krn. ia byk membantuku dlm urusan menyambut raya....


Kari daging pekat....

Home made ketupat....


Cornflakes madu rangup....


Memang tahan lama tau kerangupan dia, hasil resepi kt cik tenet...tq cik tenet...


semperit pandan amik resepi kt cik tenet gak....


yang nie dh siap boh dlm balang....aku notice budak2 yang dtg umah aku gemar sgt biskut nie....alhamdulillah tahun depan leh wat lagi....

dan seterusnya adala biskut MAMA CARRY....anda bleh lihat gbrnya di side bar kanan belog aku nih....

InsyaAllah...azam tahun depan nak wat semua kueh raya...xnak beli² dah....berbaloi klu buat sendiri bleh dpt byk....cuma perlukan kerajinan aje.....

-----------------------------------------------
ok ini dia my prince di hari raya.....


buah hati pengarang jantung ku....

Sekian.....