Friday, April 29, 2011

Makan Apa kat Opis??

Selalunya kat opis korang makan apa ye?
hari ni aku makan benda ni je...

Kuey teow lagna


memang sedappp....


niee...grb ekrem nestle perisa vanila + lime, my opismate belanja kitorang semua. baiknya hati dia selalu belanja kitorang eskrem, gula² dll mknn especeli mknn ringan..ini semua bleh mereleasekan tensyen bila dh bosan duk ngadapp keja.



Comel tak muffin ni. Muffin ni my bos kecik yg bawak hari tuu..saja nak tunjuk sbb kecomelan yang tak leh dinafikan lagi...sedappp...i like it...

Sengkuang cina brand seasons F & N....aku amat menggemari minuman ringan nie sejak bbrp bulan kebelakangan ni... sedappp...ade isi sengkuang kt dlmnya...aku akan minum air ni selagi xjemu...bila dh jemu maybe dh terjumpa benda lain pulak...begitulah aku...lg xjemu...aku akan beli benda ni eheheee.....

Thursday, April 28, 2011

Berjayakah Kali Ini ???

Now, aku tgh mengumpul setem dari pasaraya The Store Pacific. Dimana aku perlu mengumpul sebanyak 25 setem utk mendapat seekor anak patung yang boleh dikata comel lah jugak. Setiap pembelian rm30 dapat 1 setem. Aku baru dpt 2 setem, selebihnya ihsan oleh kawan²...see...byk dak setem yang telah ku dapat !!


Tempoh untuk mengumpulnya adalah dari 19 Mac hingga 12 Jun 2011. Ermm adakah aku berjaya atau gagal seperti sebelum ni...yang aku juga pernah suatu ketika dahulu mengumpul setem dr guardian, tapi hampeh sekerat jalan...


adakah aku berjaya kali ini??? hurmm....maybe yes maybe not....harap² dptlah lg ihsan setem dr kengkawan ku lagi....eheheh...

Wednesday, April 27, 2011

Entry kali ini dedikasi buat mak & ayahku...

Salam...

Walaupon mak & ayah ku tidak akan mungkin baca blogku ini, namun aku ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-63 buat emakku pada 27/04/2011 (Hari ini) dan ayahku yang juga menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-72 pada bulan April iaitu 21/04/2011. Aku mendoakan kedua ibubapa ku ini sentiasa dirahmati Allah, bahagia, sihat dan selamat didunia juga diakhirat. Terima kasih kerana telah menjagaku sejak kecil dan memberi kehidupan buat ku sehingga hari ini. Hargailah & berbaktilah kepada ibubapa kita selagi mereka masih ada...







Kelihatan ayahku sedang memotong kek dikelilingi cucu²nya...emakku sibuk pula didapur xdpt join...

Monday, April 25, 2011

Fadhilat Sedekah, Wasiat Nabi S.A.W kepada Saidina Ali

Assalammualaikum....


Nabi pernah berpesan kepada Saidina Ali..

“Wahai Ali... ketika selesai Allah menjadikan syurga,
maka syurga lantas bertanya: Wahai Tuhan,untuk apakah engkau jadikan aku?

Jawab Allah: "Untuk orang yang murah hati dan berbakti...

Maka jawab syurga : "Ya, aku redha."

Dan kemudian berkatalah neraka: "Wahai Tuhan, untuk apakah pula Engkau jadikan aku?"

Jawab Allah: "Untuk orang yang kikir, kedekut dan sombong... "

Maka jawab neraka: "Ya, aku redha untuk keduanya".

Wahai Ali... Aku lihat tertulis atas pintu syurga:
"Engkau diharamkan terhadap orang yang kikir, orang yang menderhaka
kepada kedua ibubapanya dan orang yang mengadu dombakan orang".

Wahai Ali... Barangsiapa yang memberi makan kepada seorang muslim
dengan senang hati, maka nescaya Allah tuliskan baginya seribu kebajikan
dan dihapuskan seribu kejahatan dan diangkat baginya seribu darjat.

Wahai Ali... Sesungguhnya, orang yang murah hati itu hampir kepada Allah,
hampir kepada rahmat-Nya, jauh daripada siksaan... dan adapun orang yang
kikir (kedekut) itu jauh daripada Allah, jauh daripada rahmat-Nya dan hampir
kepada siksaan-nya.

Wahai Ali... Takutlah kamu dengan doa orang yang murah hati,
kerana sesungguhnya orang yang murah hati itu apabila terlanggar
atau tersungkur, Allah akan memegang tangannya.”

Begitulah besarnya fadhilat orang yang bersedekah iaitu
diangkatkan darjatnya, ditulis baginya seribu kebajikan dan doanya dimakbulkan.

Friday, April 22, 2011

Percutian @ Langkawi

Percutian yang dirancang ini pada 25 - 27 Mac 2011. Disertai oleh Opismate my Hubby. bbrp tempat yang kami kunjungi Cable car, underwaterworld, kami p island hoping (pulau dayang bunting, pantai beras basah), p naik bot ke sg kilim, gua kelawar, makam mahsuri & tempat² shoping spt idaman suri,Ismail Group dan Perusahaan gamat dan batik.
ayuhh...kita tatap sdkit gbr² semasa kami disana....








Friday, April 15, 2011

Ayam Berempah Serai...


Sebelum digoreng kena perap dulu 1 jam maaa....baru marvellous !!


Ni ayamnya yang telah siap digoreng...sedia utk. di ngapppp...kerangupan rempah ratusnya tidak dpt dilupakan...ehehe...
ayam goreng mcm ni adalah feberet encik hubby, apabila dia pernah sebut tringin nak mkn ayam mcm ni...terus aku usahakan untuk mencari resepinya....kali pertama buat mmg menjadi...alhamdulillah...

Thursday, April 14, 2011

Puding Karamel



Last week aku buat karemel lagi. Ntah kali yang keberapa aku buat tp kali ini baru nak post dkt blog utk. tatapan. Aku biasanya akan buat jika ada permintaan oleh suamiku yg juga penggemar karemel, kdgkala tu kawan² di opis dan tak lain dan tak bukan adalah dari permintaan tekakku sendiri...hehehe...oklah meh aku kongsikan resepi karemel yang biasa aku buat ni...insyaAllah menjadi dgn jayanya....

Bahan²nya: (A)
3 Biji telor
1/2 sudu mkn esen vanila
1 tin susu cair (aku guna ideal)
3 sudu makan gula
100 ml air
1 sudu tepung kastard

karemel:(B)
1 cawan gula pasir
1/2 cawan air
(dimasak atas api n sampai keperangan, kemudian tuang dlm loyang biarkan keras)

cara²nya untuk bahan (A)
Telor + esen vanila dipukul hingga sebati, masukkan gula, susu ideal, tepung kastad dan air, kacau semua smpai sebati.masukkan kedalam loyang yg berisi gula karemel(B) tadi. Kukus atas pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu.Kukus selama 15-20 minit. angkat dan biarkan sejuk, kemudia masukkan dlm peti ais. time nak mkn nanti tiarapkan puding tu ke dalam pinggan yang besar....nyum nyum....

sekian, selamat mencuba....

Thursday, April 7, 2011

tempahan dr my ofismate...



Yang hari ni punya order adalah dr my officemate...50 bj kulit pai tee...thanks friend 4 supporting...