Friday, January 29, 2010

Usah abaikan SUSU

SIBUK dengan usaha menurunkan berat badan, membuang lemak atau mengurangkan makanan berminyak, ramai wanita yang mungkin lupa kepada keperluan kalsium di dalam tubuh.

Apatah lagi, bukan budaya masyarakat kita menjamah keju saban pagi atau meneguk segelas dua susu sebelum tidur. Jika ada pun, barangkali kurang dipeduli jumlah optimum yang diperlukan malah mungkin ada yang beranggapan, asal minum susu, ia sudah memadai.

Ada juga wanita yang mengelak daripada mengamalkan pengambilan makanan atau minuman berasaskan tenusu kerana tidak tahan dengan bau makanan atau minuman berkenaan. Lebih memburukkan keadaan apabila kekurangan itu tidak diganti dengan pengambilan bahan bukan tenusu lain yang juga dapat membekalkan kalsium.

Apa sekalipun alasan, kalsium yang penting untuk menguatkan tulang dan gigi serta membolehkan otot bertindak dengan baik termasuk otot pada jantung itu, tidak harus dipandang remeh apatah lagi ia bermanfaat untuk pelbagai peringkat usia wanita.

Di kalangan wanita dewasa, secara purata keperluan kalsium mereka adalah kira-kira 800 miligram (mg) sehari yang bersamaan dengan dua hingga tiga gelas susu.

"Kajian mendapati corak pemakanan masyarakat Asia dan Afrika menunjukkan pengambilan kalsium yang rendah. Kajian di Afrika pula menunjukkan mereka hanya mengambil purata 300 mg kalsium sehari.

"Fakta berkenaan bukanlah sesuatu yang mengejutkan apatah lagi rata-rata budaya pemakanan masyarakat negara ini tidak cenderung kepada pengambilan kalsium.

"Bagi kanak-kanak pula, apabila mereka sudah tidak mengambil susu daripada botol, biasanya mereka akan terus berhenti minum susu," kata Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Pantai Cheras, Dr Suriati Akmal Mahari.

Keperluan kalsium untuk wanita berbeza sepanjang hayat mereka. Jika wanita dewasa perlukan kira-kira 800 mg sehari, keperluannya lebih tinggi di kalangan wanita hamil dan wanita yang menyusukan bayi.

"Bagi wanita hamil dan menyusukan bayi, disarankan supaya pengambilan kalsium dipertingkatkan iaitu antara 1,200 hingga 1,500 mg sehari. Ini kerana bayi dalam kandungan akan menarik kalsium daripada ibunya dan jika ibu hamil itu tidak meningkatkan pengambilannya, ia boleh memberi kesan kepada ibu terutama dari segi kesihatan gigi.

"Kata orang dulu-dulu, setiap kali mengandung, setiap kali itulah gigi patah sebatang. Sebenarnya, ia disebabkan kekurangan kalsium dalam tubuh ibu yang hamil. Menerusi pengalaman saya di bidang sakit puan, masalah gigi di kalangan wanita hamil masih berlaku.

"Mungkin mereka tidak mengalami masalah teruk hingga menyebabkan gigi patah tetapi boleh dikatakan di kalangan 20 wanita hamil, ada seorang yang mengalami masalah gigi. Sesetengahnya tidak pernah mengalami masalah gigi tetapi ia hanya berlaku ketika hamil misalnya gigi berlubang, tampalan pada gigi tertanggal, gigi terhakis dan serpihan pada gigi," katanya.

Apapun, menurutnya, kesedaran terhadap pengambilan kalsium tidak seharusnya tertumpu ketika seseorang wanita itu hamil atau menyusukan bayi kerana kepentingannya harus bermula sejak kecil lagi.

"Kekurangan kalsium tidak memperlihatkan kesan yang drastik misalnya boleh menyebabkan serangan penyakit tertentu. Mungkin atas alasan ini, ramai yang tidak begitu endah pada kepentingan kalsium.

"Namun, ia seharusnya diberi perhatian untuk membolehkan seseorang itu mempunyai simpanan kalsium yang mencukupi sepanjang hayat mereka bagi mengelakkan masalah osteoporosis yang lazimnya berlaku ketika wanita berada di peringkat usia menopaus.

"Apatah lagi kini, jangka hayat untuk wanita dan lelaki kian meningkat. Bagi wanita, jangka hayat mereka boleh menjangkau sehingga usia 80 tahun lantas bekalan khasiat dalam tubuh sebegini memang penting supaya mereka mempunyai simpanan kalsium mencukupi sekali gus membantu mereka memperoleh taraf kehidupan yang lebih berkualiti pada usia sedemikian," katanya.

Tidak perlu menanti hingga masalah osteoporosis menjengah malah di kalangan wanita muda, antara petanda yang menunjukkan kekurangan kalsium dalam tubuh adalah apabila mereka sering mengalami masalah kejang kaki khususnya pada bahagian betis.

Lantas, budaya pemakanan sihat harus dipupuk sejak kecil terutama membabitkan pengambilan kalsium. Jika anak tidak lagi minum susu daripada botol, galakkan mereka supaya minum susu daripada cawan.

Di kalangan wanita yang tidak tahan dengan bau makanan atau minuman hasil tenusu seperti telur, keju dan dadih, ada pelbagai pilihan makanan bukan hasil tenusu yang dapat membekalkan kalsium.

Antaranya adalah sayur-sayuran hijau seperti brokoli serta makanan lain termasuk kekacang dan sardin. Selain itu, sumber makanan lain yang diperkayakan dengan kalsium juga kian banyak di pasaran termasuk roti, jus dan biskut.

Info
Hasil tenusu (kandungan kalsium dalam mg):

Segelas susu - 240 mg

150 gram dadih rendah lemak - 225 mg

2 cedok kecil ais krim - 120 mg



Bukan hasil tenusu (kandungan kalsium dalam mg):

2 keping roti putih - 83 mg

1 keping capati - 42 mg

Separuh keping roti naan - 137 mg



Menu ringkas untuk menambah kalsium:

- Nikmati bijirin yang dicampur bersama susu segar ketika bersarapan

- Nikmati dadih buah-buahan rendah lemak sebelum makan tengah hari

- Jika memilih sandwic untuk makan tengah hari, sertakan keju dalam hidangan

- Brokoli bersama lobak merah dan kentang juga enak jika dijadikan hidangan sampingan ketika memanggang ayam

dipetik dari inbox emelku

p/s:Aku adalah salah seorang penggemar SUSU

Thursday, January 28, 2010

Potluck at My Office

Potluck kat opis aku pada hari ni 28/1/2010 bersempena dgn.sambutan birthday boy n girl pada bulan januari. Pada bulan ini ada 5 org yang di raikan. Kerap juga kita org berpotluck. Tapi kali ni sekali harung laa...best sgt buat mkn2 mcm ni...InsyaAllah akan dikekalkan tradisi ini sampai bila²....pakat rasa buatan makanan geng² officemate....


birthday cake...



Kelihatan 3 birthday gurl memotong kek...dr kiri fahida, ifa & ita


ini budak pon mau potong kek...dia pon berbintang capricorn...he is anas


ini bos kitorang En.Zuhri...dia pon besday bulan ni gak...cayalah bos

this is my part Ok....

Tuesday, January 26, 2010

Thaqif praktik jaga adik ???

Semalam balik keja pergi terus menjemput Thaqif di rumah mak long beliau. Tiba² je dia meluru ke baby yang dalam buaian tu...terus duduk dan seperti lagaknya mengayunkan buaian...kahkahkah...nak tergelak sgt masa tu tgk gelagat dia seperti seorang abg mengasuh adiknya...takpe praktis awal2 ye sayang...nti dpt adik senanglah sikit ibu...sbnrnya maklong (kakak suamiku)ni mengasuh Thaqif & seorang lagi bayi berusia 3 bulan...selain anaknya yg berumur 2 tahun.





Di bawah ni gbr Thaqif bersama sepupunya...mereka sebaya


Thaqif pakai kasut

Kelakar sekali tgk anakanda ku ini menyarungkan kasut ke kakinya. Bukan apa kasut yang disarungnya itu adalah kepunyaan Abah beliau. Gemar sgt dia menyarungkan kasut abahnya. Kasut beliau tak pula nak pakai. tiba² je bunyi kuat tup tup tup...rupanya dia pakai kasut dalam rumah. Nak gelak pon ada, nak marah pun ada. Bukan per...marah sbb kotor la pakai kasut dlm rumah...nak gelak sbb kasut tu besar sgt dgn orgnya....



Monday, January 25, 2010

"Aku bukan Billy Milligan"

Hahaha...jgn terkejut yer tajuk entry ku kali ni. Actually ini adalah tajuk Novel yang baru habis aku baca semalam. Agak tebal novel ni, aku cuma spend kan 4 hari utk membaca novel ini di waktu kelapangan je laa...harap maklum. Apa angin aku ntah. suka pula baca novel. Padahal dulu langsung aku x hadap dgn novel yg sedemikian rupa. Agaknya ini salah satu hobi membaca. Bagus juga...dpt juga anak aku mencontohi ibunya yang gemar membaca ni...think +ve...hehehe.
Novel ni my officemate yg suruh aku pinjam n baca...katanya menarik jln ceritanya...aku ni bab org kata menarik baru aku nak baca. Memang menarik pon...seronok juga membaca novel ini kerana ia membawa ku ke alam imaginasi yang ntah betul ntah tidak jalan cerita itu. Aku rasa sungguh relax bila membacanya. Aku suka akan waktu Heroin tersebut iaitu Laura & Hero nya Adam seorang yg kaya raya, Adam kaya kerana usahanya sendiri yang pernah susah, yg.pernah tinggal dirumah anak yatim...ahh nak crita kat sini panjang sgtlaa...beli la sendiri klu nak tahu kisah mereka ini.

Thursday, January 21, 2010

The Carnival Water Park- Sg. Petani

pada Ahad lepas 17 Januari 2010, suami ku mengajak pergi mandi-manda kat water park sg. petani tu. Dah lama nak bawa Thaqif mandi kat situ sbnrnya memandang Thaqif mmg suka sgt mandi dlm kolam kat rumah. Saja nak bwk dia mandi kat kolam besar pula...rupanya seronok sgt beliau mandi di situ. Dulu masa kitorang p Tambun lost world,Thaqif kecil lg lebih kurang 7 bulan umur nya dan masih takut nak jejak kaki ke air. Skrg...tgklah suka sgt beliau. Suamiku mengajak sekali adik lelakinya 2 org & juga mak mertua ku sekali. Saja belanja adik lelaki 2 org itu mandi kat situ sekali disebabkan pada hari sabtu sblmnya diorang tulun kitorang cuci rumah baru kitorang tu...tq ye...


Smart Watch ini adalah pas masuk. kena pakai. klu ilang byr rm15





Tgk tu seronok betul Thaqif


kena bilas pulak dgn air bersih


bersama Abah, tok, pakteh & pakcik

Tuesday, January 19, 2010

Zoo Taiping

seminggu slps. sekembalinya kami dari terengganu, kitorang pergi ke Taiping. Dah lama cadang nak bawak Thaqif ke zoo...ya laa nak gak kenalkan haiwan² yang semakin pupus ni kepadanya kan...mana la tahu bila dh Thaqif besar haiwan² ni semua tidak leh di jumpai lagi...Lain yang kami jangkakan...lain pula yang jadi...di mana Thaqif tidaklah tertarik dgn haiwan yang berada di zoo tersebut tetapi apa yg lebih menarik perhatian beliau adalah keretapi yang lalu lalang dalam zoo membawa pelawat. Di lambainya keretapi tersebut setiap kali ia muncul di hadapan kami...jadi haiwan dalam zoo ini tidak langsung mendapat perhatian beliau...tapi yang kelako nya si Thaqif ni membunyikan kesemua haiwan² tersebut dgn bunyian "nyauuuu"...ehehe itu bunyi kucing laaa sayang...Turut kami bawa bersama mak & ayah, serta anak buah ku...








18.12.2009- 21.12.2009- ke Terengganu

Pada tarikh tersebut kami bertolak ke Terengganu utk. ke Majlis sambut menantu di sebelah lelaki. adik iparku (adik suami)berkahwin dgn org Sbrg. Takir. Jadi inilah kali pertama ku melawat Terengganu. Kiranya sekali harung laa...kenduri sambil melancong. Byk tempat gak kitorang lawat antaranya Taman Tamadun Islam, Pasar payang, Pantau Batu Hitam, Losong (ni beli keropok). Lepas tu dlm. perjalanan pulang kitorang singgah gak Besut, kelantan untuk membeli keropok goreng.
Ini ada beberapa keping gambar utk. tatapan....nak tgk lagi p la jenguk ...

Bergambar bersama mempelai




Dibawah ni gbr dlm kwsn Taman Tamadun Islam:

















Hasil barang yg. dibeli

Thaqif ikut Abahnye solat

Thaqif ni mmg suka tiru apa yang kita buat. Alhamdulillah la kan apa yang dikutnya itu semua yang baik² belaka. Sebagai ibubapa hendaklah kita menunjukkan perbuatan yang baik² saja di depan anak. Sebab dari pembacaan aku, kanak☻-kanak yang berusia 1-2 tahun mudah meniru perbuatan yang dilakukan org dewasa terutama org yg paling rapat dengan mereka iaitu ibu dan bapa. Mereka mudah menerima apa yang mereka nampak lebih dari apa yang mereka dengar...oleh itu.. ibu-ibu bapak-bapak tunjuklah sikap yang baik² saja di depan anak...nak gaduh ke ape pe tang lain naaa...

ok...my son suka tiru apa tau
1. Aku ni suka membaca majalah, dia pon suka sekali membaca buku flash kad yang aku beli tu..di belek2nya setiap hari x jemu²...terutama yang ada gambar bola.
2. suka tiru kita sedang solat...ni yang nak tergelak. kejap2 sujud, kejap2 tahiyat, bg salam kanan kiri...
3. pastu suka bertukang, ketuk2 sana sini mcm nak memaku dinding...ni dia tgk abahnya laa duk bertukang sana sini...
4. nak buat kueh dlm cup cake...di tuangnya susu dlm botol tu dlm kertas cup cake tu...hahahaha


tgk tu Thaqif ikut abahnya solat..


Gambar ni selepas beliau perasan yang ibunya sedang ambil gbr beliau...kikiki

oh anakanda ku syg...ibu amat menyayangimu...teringat akan mu di rumah maklong mu (pengasuh).

Monday, January 18, 2010

Thaqif solat dgn Abahnye...

Tengoklah si Thaqif ni suka benar mengikut apa yang kita buat. Apa yang aku baca kanak-kanak yang seusia 1-2 tahun depa lebih cenderung meniru perbuatan kita lebih dari apa yang mereka dgr. so, ibu-ibu bapak-bapak