Tuesday, May 31, 2011

Makanan Kegemaran Korang

"You Are What You Eat !!!"

Pernah x korang dengar pepatah inggeris di atas. Maksudnya apa yang kita makan menjadi darah daging kita & apa yang telah kita makan adalah penentu bakal penyakit yang akan kita hidapi. Jadi becareful lah apa yang dimakan...Pastikan setiap makan yang diambil itu Halal, bersih, berkhasiat dan paling penting adalah bersederhana lah dalam makanan. Ikutlah sunnah nabi dalam mengambil makanan....iaitu "makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang". Ini kerana jika kita makan semasa kita lapar, sudah tentu kita mkn dengan byk sekali, jika kita makan smpai kenyang pula sudah tentu kita akan merasa malas. Byk lagi amalan pemakanan sunnah nabi nie....cari²lah dan amalkan...insyaAllah kita akan sentiasa sihat....

okey...sesaje aku nak senaraikan menu kegemaran aku tatkala hidangan tengahari ataupon malam hari :-

  • Asam Pedas (especeli asam pedas keladi)
  • Sambal tumis ikan bilis, sotong, ikan kembung + terung belanda
  • Sayur-sayuran (brokoli, bunga kubis, kacang buncis)
  • Ulam - ulaman (bebuas, jantung pisang)
  • Sambal Belacan
  • Ikan goreng, ayam goreng (yang rangup)
  • Terung goreng pedas
  • Paceri nenas, terung
  • Tempe goreng pedas + ikan bilis
  • Daging goreng bawang
  • Telur ikan duri @ plotan (masak kari)
  • Pekasam ikan sepat
  • Kerabu pucuk paku & kerabu mangga
Menu² diatas adalah yang paling aku gemar....pendek kata semua masakan kampung kena aje dengan selera aku. Serius aku katakan western food xpernah menjadi makanan kegemaran aku...tak tahulah kan masa akan datang klu selera aku berubah maybe western food pula menjadi kegemaran aku...

Makanan yang ditapau nie semestinya lauk pauk kampung...nilah menu aku kt opis...
Posing kejap sebelum makan.....


Sekian penulisan entry makanan untuk kali nie...nanti akan ku sambung pasal pemakanan sunnah untuk kesihatan di entry akan datang....

Monday, May 30, 2011

Thaqif naik feri...

Thaqif naik feri Pulau Pinang.....bukan apa cuma nak cerita selama Thaqif lahir sehingga beliau berumur hampir 3 tahun boleh kira dengan jari aje brp kali kami membawanya naik feri. Tak silap aku ini adalah kali ke-2 kot....kali pertama dulu masa berumur kurang 6 bulan.
Aku mmg x gemar naik feri ni dh xbest...maklumlah kan dulu masa mula kerja di pulau ni pon dah hari² kena naik feri...org penang kata "dah lali" laa kan....Sejak dah kawen n duduk kat Pulau ni pon kalau nak balik ke kampung (seberang laa....selatan dan utara)...kami lebih suka memilih jambatan Pulau Pinang, kerana lebih cepat tambahan pulak lorong jambatan pon telah diluaskan. So balik kampung baru² ni teringin pulak nak naik feri....kena gaklah bwk Thaqif naik feri...nanti orang tanya xtahu pulak padahal tinggal kat Pulau. ...



Thaqif ngan abahnye diatas feri...



Thaqif di atas feri

Friday, May 27, 2011

Breakfast at Opis + besday my Opis mate

Pagi Tadi datang aje....byknye benda untuk dimakan. alkisahnya sebab ade seorang opismate aku sambut besdaynya tanggal 23 mei 2011 baru² nie...Kueh mueh dan kapkek yang dibawa oleh kawan²ku mmg bezzzz....thanks friend untuk rezeki di pagi hari...apa pon selamat hari ulangtahun buat kawanku ini....semoga dimurahkan rezeki dan bahagia selalu....

me n besday girl...disamping kapkek


nie lah besday gurl nyer...


nielah org yang bawak kapkek itew...


Waduhhh....byknye wartawan menyerbu aku slps. majlis itewww...heehehe

Thursday, May 26, 2011

Nuffnang....kembalikan kerajinan berblog !!

hehehe....tadi tiba² tringin nak cek pendapatan aku kt nuffnang. hehehe...rupanya ada peningkatan...tq pada yang sudi klik...lps nie nampak kena lah aku rajin² skit updet blog...nak tarik pengunjung bukan satu perkara yang senang....Pada yang sudi klik terima kasih semoga anda bahagia & dimurahkan rezeki...itu doa saya untuk para pengunjung ke blog saya....

>>>>>>> nak tahu ke...berapakah pendapatan itewww......

>>>


**

***


>>>



***


>>>

>>>


>>>

>>>



Jadilah kan setakat nie...harus berusaha lagi....caiyokkk....


Lu@h@n r@s@ Kem@l@$@n.....

Salam....

Kenapa yer? susahnye aku nak post n3...padahal aku byk la jugak tajuk cerita nak dimuatkan pada blog ni....tapi apakah sebabnya semua cerita² itu berlalu begitu saja....ehehe....inikah tanda kemalasan berblog...tp apa pun aku akan post juga lahh bbrp. n3 mengikut kerajinan & ruang masa yang aku ada....OKlah inilah....tajuk n3 untuk kali ini....

>>>>>

Friday, May 20, 2011

Tentang Jodoh....dan Tips Mendapat Jodoh....

Assalamualaikum

Entry kali nie tentang jodoh?? hehe....saje sebenarnya nak share dekat sini. Memandangkan aku pun ada pengalaman sedikit sebanyak yang boleh diambil sbg. pedoman mahupun panduan....Baru² ni kan kat TV9 , rancangan semanis kurma bertajuk "Perigi mencari timba"...tapi maaf yer nak ckp awal²....tajuk ni x de mengena dgn aku yer....cuma aku nak share bbrp. tips berkenaan "takdir jodoh" yang Allah tentukan buat kita. Adakah takdir jodoh yang telah ditentukan buat kita bermaksud kita tak boleh memilih lg bakal calon suami / isteri kita ?
Aku pernah terbaca bahawa jodoh, ajal, rezeki kita telah ditulis di luh mahfudz....tetapi takdir ini masih lg berubah apabila kita berdoa....dengan ini teringat firman Allah s.w.t bermaksud " tidak aku mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga ia mengubahnya sendiri ". Ini membawa maksud yang kita haruslah berusaha, misalnya dlm urusan rezeki...jika kita inginkan rezeki dan keluar dari kemiskinan dsb....hendaklah kita berusaha disamping itu kenalah berdoa dan bertawakal....
Okey....berbalik kisah jodoh tadi....pengalaman aku tentang doa & jodoh .....Alhamdulillah jodohku dengan suami aku ini adalah hasil dari doaku. Aku telah panjatkan doa ini semasa ku masih di alam remaja lagi...sekitar umur 15 tahun, setiap kali lepas sembahyang fardhu doaku memohon kpd Allah agar aku diberi jodoh dikalangan orang yang baik², penyayang & bertanggungjawab, murahkan rezeki bakal jodohku, tak kira siapapun dia selamatkan lah dia dimana ia berada , panjangkan umurnya, sihatkanlah dia. Jadi sekarang aku dapati suamiku adalah betul² apa yang ada dalam doaku....syukur kepada Allah S.W.T kerana telah memakbulkan doaku....Buat suamiku sentiasalah menjadi seperti ini selalu dengan izin Allah....

Pengalaman bertemu dengan suamiku pada kali pertama....mmg sungguh rasa kelainan sekali sbb dpt rasakan bahawa dia lah jodohku....walhal aku pon xmengundang rasa gerak hati itu tp aku just follow the flow....tp aku still berdoa....jika lelaki ini baik dan terbaik buatku, dekatkan lah ia padaku....jika sebaliknya, jauhkan lah ia dari ku...tp...akhirnya ia semakin dekat dgnku....

Sblm ni ....aku dpt mengenali bberp org lelaki yang hadir dlm hidupku....namun selalunya dpt ku rasakan mereka bukan jodohku...dan aku juga berdoa jika mereka baik dktkanlah, jika sebaliknya...jauh kan....mmg telah terbukti...

Jadi buat kawan²ku yang belum bertemu jodoh...berdoalah....percayalah pada doa...mohon lah kepada Allah...kerana hanya Allah lah yang memberi kita jodoh.

dan...kat bawah ni ada bbrp. tips untuk mendapat jodoh

1. Membaca surah Yaasin setiap malam sebab dalam satu hadist nabi bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman. Insyaallah mustajab.

2. Membaca surah Fatihah berulang-ulang kali, niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh. Juga terdapat dalam sebuah hadist, yang mana surah fatihah ada beberapa keberkatan antaranya diberi jodoh, baca berulang-ulang contoh 1x atau 3, 5, 7 atau seberapa yang anda suka dan niatkan supaya Allah swt berikan jodoh yang baik dan soleh.

3. Melakukan sembahyang hajat selama 3 hari berturut-turut dengan penuh kusyuk dan pengharapan, dan lakukan juga amalan-amalan lain yang baik-baik, contoh sedekah, zikir, ziarah org sakit, yang penting hati sentiasa bergantung harap kepada Allah sahaja, jangan harap dari selain Allah, berdoa dengan sungguh-sungguh, dengan nada suara yang lembut dan merendah diri. Adukan problem anda kepada Allah swt, jika seseorang merahsiakan problemnya kepada manusia, kemudian mengadu hanya kepada Allah, maka Allah swt akan bantu dia, jika dia mengeluh kepada manusia maka Allah swt tidak akan bantu dalam masalah tersebut.

4. Berdoa disetiap selepas sembahyang 5 waktu, dengan berdoa untuk minta jodoh sahaja selama 20 minit-30 minit. Berdoa dengan mata separuh pejam. Insyaallah

5. Bangun tengah malam sembahyang tahajjud, kemudian solat taubat 2 rakaat, kemudian sembahyang hajat beberapa rakaat yang anda mampu. Lagi banyak lagi baik. Kemudian berdoa dengan kusyu’, insyaallah.

6. Solat hajat 2 rakaat –> Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, sehingga datang rasa benar-benar yakin yang Allah swt telah makbulkan. Kalau masih tak yakin usahakan pada malam berikutnya sehigga datang keyakinan. Bila anda telah benar-benar yakin bahawa doa anda telah makbul, insyaallah, tunggu ajalah orangnya.(Tawakkal)

7. Betulkan niat, nak kahwin kerana Allah, untuk selamatkan diri samada dari maksiat, ingin mendapat zuriat, untuk memudahkan menjalankan perintah Allah. Sabda nabi SAW, Allah menjamin untuk menolong 3 golongan:
1. Seseorang yang berjihad dijalannya
2. Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya
3. Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya

8. Berdoa dengan kusyuk diwaktu tertentu yang mustajab atau ditempat-tempat tertentu yang mustajab. Contoh: Diantara azan dan Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat. dalam keadaan suci, badan, pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam kelaparan.

9. Berdoa dengan dimulai pembuka doa dan selawat, kemudian penutup doa dan selawat.Contoh paling simple;

Pembuka:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.
Kemudian bacalah apa2 saja doa samaada dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu atau apa2 saja bahasa yang anda mahir…
Penutup:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.

10. Berdoa dengan mengunakan doa-doa dari ajaran Rasulullah atau dari Al-Quran adalah doa terbaik dan paling berkat, jika tak pandai doa ajalah dalam bahasa sendiri, Allah swt maha memahami.

12. Selama beramal, jangan makan makanan, pakaian, tempat atau apa sahaja yang haram, subhat, kotor, makruh, makan makanan yang bersih, halal dan suci.



Insyaalllah jika anda amalkan tips-tips diatas dengan hati yang bersih dan ikhlas, apa sahaja permohonan, hajat, permintaan anda akan dimakbulkan oleh Allah, yakinlah. Kalau tak yakin cuba dulu, dan lihat sendiri. Jangan minta perkara-perkara yang karut-karut atau perkara mustahil, mintalah perkara-perkara yang baik sahaja. Allah swt maha kaya, dia mempunyai khazanah yang tidak ada kesudahan dan tak pernah berkurang, dia maha pangasih dan maha pemurah pula, dia suka memberi, dia suka manusia meminta dan berharap kepadanya, manusia sahaja yang kebanyakan tidak bijak kerana tidak mahu meminta dari Tuhan yang amat kaya dan pemurah. Meminta kepada sesama manusia adalah ibarat Seorang pengemis yang mengemis kepada pengemis yang lain.

Semoga Allah swt memberi anda jodoh yang terbaik.

Thursday, May 19, 2011

Frekuensi Radio Pilihan....

Lately x suka dengar lagi sinar. Kalau x pagi² drive p keje mesti dengar sinar pagi...Now haruss ku tukar ke channel lain...x suka x suka....sbb dejay yang gatal nak tambah quota !!! hahaha....sebab itu kerrr ???? ntah ler....nak cari radio lain plak untuk ku layan semasa drive pergi n balik kerja.....tolong vote untuk aku....which one better ?



Malaysia FM Radio Frequency / Frekuensi FM Radio di Malaysia


Hitz FM
http://www.hitz.fm
Klang Valley - 94.5, Pulau Pinang - 91.0, Ipoh - 94.3, Taiping - 91.3, Melaka - 91.1, Johor Bahru - 99.1, Seremban - 94.2, Kuantan - 94.1, Kota Bharu - 94.6, Kuala Kuching - 97.7, Kota Kinabalu - 101.6

Mix FM
http://www.mix.fm
Klang Valley - 92.9, Pulau Pinang - 92.8, Ipoh - 92.7, Taiping - 93.6, Melaka - 93.0, Johor Bahru - 97.6, Seremban - 95.0, Kuantan - 93.2, Kota Bharu - 92.8, Kuala Terengganu - 98.3, Kuching - 95.3, Kota Kinabalu - 100.8

Lite FM (formerly Light & Easy)
http://www.litefm.com.my
Klang Valley - 105.7, Pulau Pinang - 104.4, Ipoh - 101.5, Taiping - 89.3, Melaka - 92.2, Johor Bahru - 104.3, Seremban - 104.6, Kuantan - 104.7, Kota Bharu - 104.3, Kuala Terengganu - 105.9, Kuching - 100.1, Kota Kinabalu - 103.2

My FM
http://www.my.com.my
Klang Valley - 101.8, Pulau Pinang - 99.7, Ipoh - 100.6, Taiping - 100.2, Melaka - 106.4, Johor Bahru - 95.4, Seremban - 100.6, Kuantan - 101.1, Kota Bharu - 102.3, Kuala Terengganu - 101.2, Kuching - 96.9, Kota Kinabalu - 104.0

988
http://www.988.com.my
Kedah, Perlis - 96.1, Pulau Pinang - 94.5, Pulau Langkawi - 96.1, Taiping - 101, Ipoh - 98.8, Pahang - 90.4, Negeri Sembilan - 93.3, North Johor, Melaka - 98.2, South Johor, Singapore - 99.9

Red 104.9
http://www.yourredfm.com
Kedah, Perlis - 98.1, Pulau Pinang - 107.6, Ipoh - 106.4, Negeri Sembilan - 106, North Johor, Melaka - 98.9, Pulau Langkawi - 98.1, Kuantan - 91.6, Klang Valley - 104.9, South Perak - 104.9, Taiping - 98.2, South Johor, Singapore - 92.8

Suria FM
http://suriafm.com.my
Klang Valley - 105.3, Ipoh - 96.0, Taiping - 91.7, Kuantan - 96.1, Melaka, North Johor - 88.5, Seremban - 107.0, Johor Baru - 101.4, Kota Kinabalu - 105.9, Perlis, Kedah, Pulau Pinang - 106.9, Kuala Terengganu - 102.4, Kota Bharu - 106.1

Era
http://www.era.fm
Klang Valley - 103.3, Pulau Pinang - 103.6, Taiping - 95.2, Melaka - 90.3, Johor Bahru - 104.5, Seremban - 103.6, Kuantan - 98.0, Kota Bharu - 103.3, Kuala Terengganu - 102.8, Kuching - 96.1, Kota Kinabalu - 102.4

Muzik FM
Johor Bahru, Singapore, Riau - 101.7, Melaka, North Johor - 96.6, Negeri Sembilan - 91.7, Klang Valley - 88.5, Selangor, Central Pahang - 95.3, Kota Bharu - 101.9, Jeli - 89.2, Kuala Terengganu - 91.7, Besut, North Terengganu - 98.8, North Perak - 89.7, Perlis, Kedah, Pulau Pinang - 100.5

Traxx FM(formerly Radio 4)
http://www.traxxfm.net
Tangkak - 97.4, Johor Bahru - 102.9, Bukit Tinggi - 92.9, Baling - 91.7, Gurun - 98.7, Kota Bharu - 104.7, Jeli - 90.8, Bukit Bakar - 98.5, Kuala Lumpur, Selangor, West Pahang - 90.3 or 100.1, Melaka - 97.4, Negeri Sembilan, South Selangor - 88.7, Kuantan - 105.3, Jerantut - 89.9, Taiping - 105.3, Ipoh - 90.1, Pulau Pinang - 98.7, Kinabalu - 105.3, Kota Belud - 102.5, Bintulu - 98.5, Miri - 104.5, Kuala Terengganu - 89.7, Dungun - 98.9, Besut - 97.0

Ai FM
http://www.aifm.net.my
North Johor, Melaka - 100.4, South Johor - 104.9, Negeri Sembilan, South Selangor - 89.7, Kuala Lumpur, Selangor - 89.3, West Pahang - 106.7, Kuantan - 106.1, Kota Bharu - 105.7, Jeli - 91.6, Kuala Terengganu - 90.5, Besut - 97.8, Jerantut - 90.7, Ipoh - 92.1, Perlis, Kedah, Pulau Pinang - 101.3

THR
http://www.thr.fm
Klang Valley, South Pulau Pinang - 99.3, Negeri Sembilan - 101.5, Central Perak - 97.9, North Pulau Pinang, Kedah - 102.4, Pulau Langkawi - 101.9

Best 104
http://www.best104.fm
Klang Valley, Johor, Singapore, Riau - 104.1, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor(parts) - 94.8, North Johor, South Pahang - 102.5

HOT FM
http://www.hotfm.com.my
Klang Valley - 97.6, Ipoh - 104.5, Pulau Pinang - 88.2, Alor Setar - 88.2, Melaka - 104.3, Johor Bahru - 90.1, Kota Kinabalu - 87.7, Kuching - 94.3, Kuala Terengganu - 105.0, Kuantan - 92.4

KL FM
http://www.kl.fm
97.2

Klasik Nasional
Gunung Pulai - 106.7, Melaka - 93.6, Negeri Sembilan, South Selangor - 87.9, Kuala Lumpur, Selangor, West Pahang - 98.3, Kuantan - 107.9, Kota Bharu - 96.5, Kuala Terengganu - 92.5, Ipoh - 88.3, Perlis, Kedah, Pulau Pinang - 94.9

Minnal FM
http://maraz.us/minnal
North Johor, Melaka - 103.3, South Johor - 101.1, Negeri Sembilan, South Selangor - 90.5, Kuala Lumpur, Selangor, Central Pahang - 96.3, Kuantan - 103.3, Kota Bharu, Machang - 106.7, Jeli - 92.2, Kuala Terengganu - 87.9, Jerantut, Terengganu - 91.9, Besut - 95.3, Ipoh - 96.9, South Perak - 98.9, Perlis, Kedah, Pulau Pinang - 96.7, North Kedah, North Perak - 89.7, North Kelantan - 100.9

Ikim FM
http://www.ikim.gov.my/ikim.fm
Klang Valley - 91.5, Ipoh - 102.7, Perlis, Kedah, Pulau Pinang - 89.0, Negeri Sembilan - 102.7, Kuantan - 89.6, Johor Bahru - 106.2, Melaka - 89.5, Kota Bharu - 89.8, Kuala Terengganu - 100.2, Kota Kinabalu - 93.9, Kuching - 93.6

Fly FM
http://www.flyfm.com.my
Klang Valley - 95.8, Negeri Sembilan - 98.6, Perak - 87.9, Pulau Pinang - 89.9, Melaka - 94.0, Johor - 94.0

XFresh FM
http://www.xfresh.com
Klang Valley - 103.0, Pulau Pinang - 106.5, Ipoh - 98.5, Kuantan - 100.0, Kota Bharu - 99.8, Kota Kinabalu - 98.6, Seremban - 97.9, Melaka - 107.3, Taiping - 104.9, Terengganu - 104.0, Kuching - 103.7, Johor Bahru - 103.3

Mutiara FM

http://mutiara.dapat.fm
Pulau Pinang (Inlcuding Seberang Perai) - 95.7, North Pulau Pinang - 93.9, Balik Pulau - 90.

Wednesday, May 18, 2011

Drama Nora Elena di Slot Akasia TV3

Lately rajin pulak aku menonton TV. klu tidak susah aku nak luangkan masa dek kepenatan kerja & kerja² rumah spt. memasak, mengemas, melayan budak kecik, mahu pon bapak budak...ehehe...baru² ni aku berkesempatan tonton drama nie 1st episod, tu pon dh stgh jam berlalu....best juga...dlm hati duk berkata jln cerita ni mcm novel aje...rupa²nya mmg betullah...next episod aku start dr awal mmg sah drama ni dr sebuah novel "kasih yang suci"....so aku terus je follow smpai skrg....xsabar nak tgu episod seterusnya...

>>>>>>>>
bermula 9 mei 2011, drama baru di slot akasia akan ditayangkan yang bertajuk Nora Elena di Slot Akasia TV3. Drama Nora Elena ini adalah adaptasi dari Novel " Kasih Yang Suci" karya Meen Zulaikha.

Pelakon Drama Nora Elena terdiri dari Siti Saleha sebagai Nora Elena, Aaron Aziz sebagai Seth Tan, Wan Sharmila sebagai Yvonne, Miera Liyana sebagai Maria Tan, Ery Putra, Zul Ariffin sebagai Eid, Fateen sebagai Adila, Ana Dahlia sebagai Azira serta ramai lagi.
Sinopsis Nora Elena Slot Akasia TV3
Nora Elena adalah kisah seorang gadis yang telah dinodai semasa dia berusia 15 tahun oleh seseorang. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya Idham (Zul Ariffin) apabila tunangnya mendapat panggilan misteri yang memberitahu bahawa tunangnya sudah tidak suci lagi. Dalam kekecewaan dan kesedihan yang melanda Nora Elena semasa itu tu, muncul seorang jejaka yang bernama Seth Tan yang berketurunan Baba Nyonya, dia sanggup berkahwin dengan Nora Elena bagi menggantikan tunang Nora Elena kerana segala persiapan perkahwinan dan hari perkahwinan semakin dekat.
Konflik berlaku apabila, Nora dan Seth Tan berkahwin, pada ketika itu barulah Nora Elena dapat tahu bahawa suaminya lah orang yang telah menodainya 10 tahun yang lalu. Malang buat Nora kerana ketika mengetahuinya mereka berdua sudahpun berkahwin dan bakal melahirkan anak Seth. Walaupun Seth sudah memeluk agama Islam dan telah insaf tapi hati Nora Elena yang terluka tetap keras dan tidak dapat memaafkan suaminya tu.
Bagaimana Seth hendak mengatasi sikap benci Nora Elena terhadapnya dan dugaan besar yang harus ditempuhi olehnya untuk memikat hari Nora Elena? Adakah Nora Elena dapat memaafkan Seth? sama-sama kita saksikannya yea. mesti best nie!!

Monday, May 9, 2011

Bubur Jagung n dinner....

Bubur Jagung ni adalah menu hari cuti. Kebetulan ada jagung peket yang telah sedia di beli. ada pula santan segar dlm freezer...so apa lagi...terus dpt idea nak buat bubur jagung nie. oklah rasanya....ok ini bahan²nya:- simple n senang sgt....

1. Jagung 2 cawan
2. Sagu 1/2 cawan
3. Santan
4. Air secukupnya
5. Gula secukup rasa
6. garam secukup rasa
Rebus jagung + sagu, masukkan gula & garam, didihkan, akhir sekali masukkan santan...biarkan mendidih seketika...tutup api...siap.

>>>>>>>>>>

ni menu dinner pada malam cuti....rajin sikit dpt buat 4 mata...qada mkn sbb tghri x makan...sbb nak makan bersama hubby....selalunya aku klu dh amik lunch, malam aku x kan dinner lg...kali ni sbb nak dinner, so waktu lunch juz mkn ringan² aje....




Ikan selar masak cabai....kegemaran aku ni. resepi ni dr emak aku....

4 mata....kerabu mangga, telor dadar, sayur buncis dan selar masak cabai...

kenyang nye malam itu....tp awas jgn terus tido yer....kena buat ler keja rumah skit sbg exercise....kan dh mkn byk...mana leh terus tidoo....kang tergumuks pulakk....

Friday, May 6, 2011


Kerabu Mangga...

Bahan²:- (untuk 5-6 orang)

1. 6 Biji Buah Pelam (disagat halus)
2. 4 Ulas Bawang kecik (dihiris)
3.1 kuntum bunga kantan (dihiris halus)
4. Kacang tumbuk 4 sudu
5. Udang kering (digoreng tanpa minyak & ditumbuk)
6. gula 1 sudu
7. garam 1/2 sudu
8. 3 biji cili melaka (dihiris)

campur semua bahan gaul rata...siap dimakan...

________________

Kerabu manga ni adalah hasil daripada pokok yang ditanam olehku & suami masa kami mula² mendirikan r/tangga. Bak kata orang tak cukup klu ada rumah ada tangga saja...jadi kami pon tanam aje lah pokok mangga nie kt sebelah rumah ehehe....ehehe...kami tanam 2 pohon mangga dkt rumah emakku dan sebelah rumah mertua ku...Alhamdulillah pokok mangga ni telah berbuah lebih krg 3-4 kali...kali pertama berbuah masa usianya 3 tahun lebat sgt buah....suka sgt krn bentuk buahnya bulat²...aku tahu tanam aje, tp nama sebenar mangga nie aku pon tak tahu...ehee




---------
Kerabu mangga ni sebenarnya aku buat utk kwn. diopis...kebetulan aku bwk mangga dtg opis...so saje² wat potluck tanpa dirancang...so aku nye part buat kerabu mangga...ehee...nak kembang kuncup la sket idung aku ni bila depa kata sedap...iyo ko sedapp...thanks pada yg puji...nti i kasi u ols kerabu pokok mangga pulak yer sbg balasan ahakkss....


Jadilahkan....wlupon potluck yang xdirangcang rapi...tapi bezzzz....

Tuesday, May 3, 2011


Perpindahan ke rumah baru

Urusan berpindah kerumah baru telah bermula buat aku, suami dan anakku. Sebelum Keputusan ini dibuat sudah tentu beberapa perkara penting telah dibincangkan. Perkara yang paling penting adalah....Mencari pengasuh untuk anak lelaki ku yang seorang ini. Alhamdulillah sudah kutemui bakal pengasuh anakku ini , semoga dipermudahkan oleh Allah dlm urusan ni. Bila dah setel berkenaan pengasuh anakku ni...perkara² lain menjadi mudah aje....cuma 1 perkara yang nak kena ku lalui setiap hari setelah berpindah nanti adalah aku terpaksa travel dari seberang perai ke Pulau. Aku belum lg dapat tukar tempat kerja yang dkt dgn rumah kami...dalam proses....insyaAllah dlm masa terdekat ni dpt lah....


>>>>>>>>>>>>>>
ok sambung lg....lepastu kerja packing barang untuk berpindah pon telah dibuat sikit²....ermm buat skit² yer...ntah bila nak abih packing pon xtaulaa, asyik tertangguh aje...ada² je hal di hujung minggu. Takpelah....hujung minggu nie free kot...boleh la buat sungguh²....alamak tapi rasanya tak free jugak...sbb aku ada 2 exam penting....hurmm takpelah en hubby kan ada...suruh aje beliau bersama pembantu kecik....ehee...aku sgt berharap perpindahan ni dipermudahkan dah mudah²an lebih seronok setelah duduk dirumah sendiri. Dengan harapan yang menggunung tinggi agar jiran² tetangga di kawasan baru tersebut menyenangkan...Ya Allah kurniakan aku jiran yang baik hatinya....Aminnn....