Wednesday, September 28, 2011
Open House : Biar pandai jangan memandai²...
Hari ni adalah hari terakhir untuk kita beraya yer...
oleh itu sapa yang nak pasang lagu raya, yang nak p jamuan raya, yang nak kutip duit raya....silalah lakukan hari ni yer....
Opsss....klu ada baju raya yg masih x pakai lagi tuu...takpe...jgn stress..slps raya pon boleh melaram....begitu juga dengan kueh raya, lps raya selongkar laa tin² kueh klu masih ada laa....
Raya tahun ni banyak lah jugak aku menghadiri open house , yang paling istimewa adalah open house di rumah mantan PM kita tuu....Pak lahh ler...di Kepala Batas..rumah aku kan berdekatan aje dgn umah Pak lah....
act...aku nak cerita kenangan yang mmg x dapat aku lupakan pasal open house ni...dan x leh langsung nak lupa perkara nie walau dah hampir 8 tahun berlalu....alkisahnya begini....
"Pada suatu hari....
eh silap....mcm nak wat karangan lah pulak.....
oklah dipendekkan cerita....lebih kurang 8 tahun yang lepas, jabatan aku berkerja nie buat laa open house....masa tu aku baru masuk kerja lebih kurang 3 bulan laaa...
then aku pon.....aku pon....dengan memandai² p jemput kawan aku dari jabatan lain...
huhh....bila open house tu berjalan....kawan aku pon datang laa, dia bawak ramaiiiii sgt tidak seperti yang aku sangka....aduii terkedu akuu....
Then..........tetiba aku sedar...eh patut ke aku menjemput org jabatan lain nie....aku jadi serba salah....takkan nak halau pulakk....
then....aku pon p slow talk ngan seorang staff jabatan aku nie....so dia kata tak palaa....eeee....lps tu tobat laa nak memandai² lagi.....bukan apa aku ingat ker open house ni utk 1 building leh dtg makan....nama pon open house kan...hehehe...rupanya atas jemputan aje....
ni gbr masa open house kt opis tahun nie...
sekiannnn....
Wednesday, September 14, 2011
Sanggul tiruan : X sangka ada yang sanggup memakainya...
Sebagai seorang muslim....ku ingin bertanya...sanggupkah anda membeli sanggul tiruan utk dipakai diatas kepala semata² utk menampakkan bonggol diatas kepala semasa pemakaian tudung. Pemakaian tudung itu sendiri adalah utk menutup aurat, tapi kenapakan anda merosakkan pemakaian tudung itu dengan bonggolan di atas kepala yang jelas hukumnya haram...Astaghfirullahilazim....jgn lah kita menambahkan dosa free, cubakan la minimize dosa seharian yang dilakukan tanpa disedari....aku yakin rata² kaum hawa telah sedia maklum dengan hukum sanggul bertudung ini....tapi masih nak juga buat mcm tu....yang paling sedih tu ada juga wanita yg sememangnya berambut pendek tetapi sengaja meninggikan sanggul nya....Astaghfirullahhilazim.....
Kalau wanita itu berambut panjang sekali pon rasanya dia masih boleh merendahkan sanggulnya....mmg aku respek dgn wanita yang berambut panjang tp masih merendahkan sanggulnya dalam pemakaian tudung....tahniah kpd wanita² ini....
Renung²kan lah hadith² di bawah :“
Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat).
Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” – Hadith Riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang.
Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” – Hadith Riwayat Muslim. Hadith no 212.
Jawapan dari Ustaz Nor Amin
Ingatan kepada semua, wanita yang tidak menutup aurat adalam dosa dan haram perbuatan tersebut. Wanita yang bersanggul tinggi yang tidak menutup aurat adalah dosa dan haram sepertimana dinyatakan oleh hadis yang pertama di atas. Masalah ini beza dengan wanita yang bertudung, tetapi mempunyai sanggul tinggi di dalam tudungnya.
Masalah sanggul rambut tinggi seperti bonggol unta ini mestilah dilihat dari tujuannya. Kenapa disanggulkan rambut tersebut? Adakah ia untuk diperlihatkan kepada orang ramai? Adakah untuk menjadikan dirinya cantik? Atau sebagainya. Menurut saya, kalau sanggul tersebut dibuat adalah untuk kecantikkan dan diperlihatkan oleh orang yang bukan mahram, maka ia haram kerana ia menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram. Ini jelas bahawa wanita Islam hanya boleh menghiaskan dirinya untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain. Malangnya wanita Islam sekarang ini tidak tahu maksud perhiasan yang dibenarkan dalam Islam. Ada wanita yang memakai pakaian biasa di rumah dan hadapan suaminya dengan alasan tidak bergaya disebabkan duduk di rumah sahaja, senang nak buat kerja rumah dan sebagainya. Tetapi apabila wanita tersebut keluar rumah dengan pakaian serba cantik dan memakai minyak wanginya hampir sebatu bauannya sehingga menarik perhatian orang lain. Inilah yang dikatakan haram walaupun niatnya betul dan berpakaian kemas dan cantik.
Sanggul tinggi adalah harus apabila tidak menarik perhatian orang lain dan tidak mempunyai niat-niat yang tidak baik sepertimana dinyatakan di atas. Awas!!! Jika sanggul tersebut dapat menarik perhatian orang bukan mahram dan boleh membangkitkan syahwat orang lelaki lain, maka ia menjadi haram dan perlu menukar teknik sanggulnya dari tinggi menjadi rendah. Harus bersanggul tinggi dihadapan suaminya atau berpakaian cantik dihadapan suaminya, kerana ini adalah suruhan agama berhias untuk keselesaan suaminya.
Jika dilihat dari tren orang sekarang ini berfesyen seperti sanggul tinggi dan fesyen tudung yang semakin hari semakin menjadi-jadi fesyen tersebut. Pendapat saya, jika fesyen tersebut tidak melanggar hukum Islam atau syariat Islam tidak menjadi masalah. Kalau ia melanggar syariat Islam walaupun bertudung, tetapi berpakaian ketat seolahnya bertelanjang sepertimana yang ada sekarang, maka itu menjadi haram. Hadis Nabi Muhammad yang bermaksud :
“Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim).
Sumber: Ustaz Nor Amin Sayani bin Zainal
Thursday, September 8, 2011
Edisi Raya : Kueh raya, ketupat & rendang....
Hari ni baru lah aku ada mood sikit nak cerita pasal raya....
Kan raya kali ni adalah kali pertama aku menyambutnya dirumah baru aku...
aku rasa feel sangat kali nie....syokkk
syokk nya sehingga membuatkan aku rajin utk membuat ketupat dan pencicahnya sendiri....cayalah buat diri aku !!!....kerajinan telah melanda.....dan tak lupa juga aku buat sendiri 3 jenis kueh raya...huiyooo...mmg betul² bleh masuk Malaysia book of records laaa....tp perasan je sape yang nak list kan nama aku masuk dlm tuu yer....buang karan je !!!
okey utk tidak menyepikan entry ni....meh aku kongsikan gbr² ketupat dan kueh raya hasil buatan aku dan dibantu oleh en. hubby ku....apapun thanks my hubby krn. ia byk membantuku dlm urusan menyambut raya....
Kari daging pekat....
Home made ketupat....
Cornflakes madu rangup....
Memang tahan lama tau kerangupan dia, hasil resepi kt cik tenet...tq cik tenet...
semperit pandan amik resepi kt cik tenet gak....
yang nie dh siap boh dlm balang....aku notice budak2 yang dtg umah aku gemar sgt biskut nie....alhamdulillah tahun depan leh wat lagi....
dan seterusnya adala biskut MAMA CARRY....anda bleh lihat gbrnya di side bar kanan belog aku nih....
InsyaAllah...azam tahun depan nak wat semua kueh raya...xnak beli² dah....berbaloi klu buat sendiri bleh dpt byk....cuma perlukan kerajinan aje.....
-----------------------------------------------
ok ini dia my prince di hari raya.....
buah hati pengarang jantung ku....
Sekian.....
Wednesday, September 7, 2011
Penambahan 1 angka dalam bulan Syawal....
Monday, September 5, 2011
Misi bantuan di Mogadishu : Al-fatihah buat Arwah Noramfaizul...
Friday, August 19, 2011
Alhamdulillah...Thanks Allah....
Bersyukur aku rasa kan....kerana tak sia² usaha aku...
akhirnya membuah kan hasil....
aku...
sebenarnya....
telah lulus peperiksaan dalam perkhidmatan awam dan 1 lg peperiksaan berkaitan kerja aku....
aku lulus kesemuanya....terima kasih atas rezekiMu Ya Allah....
usaha tangga kejayaan....Ya aku telah berusaha...
dan usaha aku berhasil.....
sekian.... rasa syukur ini saja yang dpt ku sampaikan ketika ini....
Friday, August 12, 2011
Menyambut Ramadhan di rumah baru
Alhamdulillah....dah 12 hari kita berpuasa. Bagi aku ramadhan kali ni paling best dalam hidupku...sebabnya aku kini menjalani ibadah puasa di rumah baru....mmg betul² feel...xsabar nak prepare utk raya pula....harap² kemeriahan terasa kembali seperti mana pernah aku rasai keseronokan menyambut raya sewaktu kecil....
Baru² dirumah kami baru saja dipasangkan lampu lip lap...apalagi seronok laa si anakku tgk lampu berkelip²...ehehe....nak pasang pelita tak kesampaian laa...sbb kawasan rumah taman keadaan tak mengizinkan....
Inilah antara menu yang aku sediakan semasa berbuka dirumah....
inilah juadah yang sempat kusediakan semasa kehadiran ibubapa, kakak n anak sedara ku minggu lps...
ni asam pedas keladi....mmg sedappp....tp kurang cili
ni ayam goreng black paper
>>>>>>>>>>>>....................
ni ketupat tipu tipuan yang aku anyam hasil tunjuk ajar kawanku di opis...igt nak anyam beberapa gugus utk digantung dirumah baru ku itu....
ini si Thaqif yang seronok sgt tuu dgn "yampu yip yap" dia tuuu...
Thursday, August 11, 2011
Khasiat sayuran pada kesihatan
Jom tengok apa kelebihan dan khasiat sayuran pada kesihatan :-
1. Cili Merah Hindar Darah Beku
2. Brokoli Hindar Osteoperosis
3. Tomato Cegah Barah Prostat
4. Bendi untuk Kecerdasan Otak
5. Bawang Putih Halang Darah Tinggi dan Kanser
6. Bayam dan Nilai Perubatannya
7. Kucai Redakan Masalah Senggugut
8. Terong Pipit Untuk Hasilkan Pil Perancang
9. Cekur Penawar Keracunan Makanan
10. Daun Pasli Pulihkan Hipotensi
11. Pudina Bantu Penghadaman
12. Peria Penawar HIV
Sebenar terlalu banyak khasiat sayuran kepada kesihatan kita, jadi amalkan makan sayur, latih anak anda makan sayur sejak kecil. Kalau anda ada tanah lapang usahakan tanam sayur samada dalam polibag, kaedah hidroponi dan sebagainya.
Kurangkan makanan berlemak dan amalkan sayur dalam menu harian anda. Semoga info ini memberi manafaat kepada anda
source:cpintrass.com
Friday, August 5, 2011
Resepi : Makaroni Bakar ala pizza
Bila berpuasa aje mesti aku teringin nak makan itu ini...biasalaa bila puasa nampak semua makanan jadi sedappp, padahal sebelum ni pandang sebelah mata aje....
lately....tekak aku nak makan ala western plak dah...jadi aku pon minta tolong la cik tenet ni dptkan aku resepi western yang aku teringin nak makan iaitu....Makaroni Bakar ala pizza....jeng jeng jeng....ni 1st time buat tauu...jgn kutuk !! berdosa tau.... ok ini lah hasilnya....alhamdulillah dr segi rasa n rupanya menjadi...cuma xla seberapa cun seperti chef yang buat kan....
ni sebelum bakar...ditabur dgn pelbagai hiasan
disiram dgn sos putih (simple sos)
nie setelah dibakar....
eleleh nak inteperem dapur kt rumah baru....npk tak makaroni setelah siap diangkat dari oven...
p/s: en hubby ku langsung x pernah terliur dgn mkanan western nie...lidah orang kampung laa katakan....kari...kari...kari....eheheh
Tuesday, August 2, 2011
Resepi: Kerabu Tembikai
Pernah x korang makan kerabu tembikai ??? Pelikk ???
tak pelik aikhhhhh....inilah kerabu tembikai yang orang kedah suka buat makan dengan nasi bersama lauk pauk kampung....cer try nanti yer untuk menu berbuka korang....pasti besttt....aku amik resepi ni dari mak aku...sejak aku kecil aku dah makan benda ni dengan nasi...amat menyelerakan laaa....
Bahan² (utk. 2 orang)
1. 2 jorong tembikai merah
2. 2 ulas bawang merah (dihiris)
3. 2 biji cili padi hijau dihiris)
4. 1/2 cili merah (dihiris)
5. garam secukup rasa (sikit je)
6. gula secukup rasa (sikit je)
cara²nya:
Kikiskan tembikai tu dgn sudu secara nipis² kemudian gaul dengan kesemua bahan² lain..
siap dan hidangkan, makan bersama nasi panas² bersama lauk pauk lain....
p/s: Mak aku selalu buat guna belen² tembikai yang dkt² kulit dia tu...senang sikit nak kikis...
Okehh...selamat mencuba....
Monday, August 1, 2011
Bukit Bendera a.k.a Penang Hill
Selamat berpuasa kepada blogger....hari ni adalah hari pertama kita berpuasa dlm bulan ramadhan (1 Ogos 2011)....semoga Ramadhan kali ini kita semua dapat melipat gandakan pahala dari amalan² yang dilakukan....
---------------------------------------------------
oklah....sebenarnya aku nak share gambar² ketika aku sekeluarga mendaki Bukit Bendera....opss...bukan kami yang mendaki tapi menaiki train baru Bukit Bendera....
Train baru nie punya lah laju....sekejap aje sampai.
Kalau train lama aku kira lebih kurang 20-30 minit ambil masa nak sampai ke puncak...
Kali ni punya lah laju xsempat nak meneliti pokok² hutan sepanjang perjalanan....Kalau dulu sempat aku terjumpa dgn kera, malah kera punya periuk pon aku jumpa (pokok periuk kera laa..)....sekarang berdesupppp......xsempat nak belek² tumbuhan² di tepi² bukit.....
Sebenarnya nilah 1st time Si Thaqif naik Bukit Bendera, padahal rumah kami duduki sebelum ini, sebelum kami berpindah ke rumah baru ni dekat sgt dgn Bukit Bendera....Bukan xnak bawak, tapi masa aku dalam pantang melahirkan si Thaqif ni, Bukit Bendera dah start renovation sekitar bulan Jun 2008 hingga lah awal tahun 2011 baru lah ia di buka semula....so sempat lah Thaqif naik sebelum kami berpindah ke Seberang Perai Utara....
okeh...malas nak cerita panjang jom saksikan gambar² yang sempat diambil....
Inilah pandangan hadapan pintu masuk Bukit Bendera....
Inilah train baru berwarna biru...train lama dulu warnanya merah
nie train kayu lama...
Dalam Train baru...
Thaqif memerhati Train dr atas puncak...
p/s:sori laa gbr di upload tak ikut turutan peristiwa...ehehe
Friday, July 29, 2011
1st time naik Bukit Bendera Selepas berwajah Baru..
Dah berhabuk laa blog aku ni....bukan x nak updet tapi sekitar bulan julai memang sgt sibokk. Banyak sangat urusan....start dari berpindah rumah, lps tu ada kursus...lps kursus PC kat opis aku plak di tukarkan yang baru....so...bila dpt pc baru bukan nya boleh guna terus....nak kena buat itu ini....jd byk laa keja dlm pc tertangguh termasuklah urusan nak meng "updet" blog aku yang aku kira dh usang, sepi tanpa berita....
ok lahh td sebenarnya nak cerita pasal aku bawak anak ku yang sorang ni naik Bukit Bendera....tp dh melalut kerana blog yang usang nie....ok nti ade masa aku sharekan gambar² di atas puncak yer....
Wednesday, June 29, 2011
Me n En. Hubby dalam majalah....
Buku² & majalah yang telah aku susun dlm kotak....akibatnya aku terjumpalah seperti dibawah nie...
ook...
dalam page majalah tu...ms70...ada cerita aku n en hubby berkenaan tajuk "BERKERJA SATU PEJABAT, BAIK ATAU BURUK?
ehehe...kenangan bersamamu kasih...umpama mimpi di dlm mimpi....(eheee sori termenyanyi pulakk)
p/s: mmg kami 1 Jabatan dan 1 pejabat selama bbrp tahun...tp skrg suamiku telah bertukar ke pejabat lain dkt dgn rumah baru kami....tapi masih tetap dibawah 1 jabatan.
Monday, June 27, 2011
Bijak Kah ???
Friday, June 24, 2011
Ku merindui saat bersamamu....
Wednesday, June 22, 2011
Saje nak Gediksss
Monday, June 20, 2011
YA...Aku lah Orang Yang Paling SIBOKKK
Dan.....Ini adalah sebahagian dari barang² yang telah di pack.
Barang² yang paling byk sekali....adalah baju² lama kami. especeli baju aku yang sepuluh tahun lalu pon aku masih simpan....mana taknye....aku xpernah buang sbbnya semua baju² yang aku ada masih muat dipakai....baru aku sedar rupanya saiz aku sekarang masih sama mcm dulu...peeewittt....hahh !! perasannn !!!!!.... Tapi laki aku kata bini dia kedekut nak bagi baju² lama aku kat orang....BUKAN MCM TU BANG OIII....
Memang ada niat nak bagi baju² lama ni pada orang...tapi bagi aku baju² lama ni terlalu byk nilai sentimental nyer.......Byk sgt kenangan ketika aku memakai baju² tersebut....
Aku pernah di GODAM...
Friday, June 17, 2011
Dah cukup baik.....
Rahsia Melalui Tulisan Tangan
dari :Dr Fadzilah kamsah....
Pertama: Tekanan
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit
Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)
Ketiga : Kecondongan
i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang
iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah
iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)
Keempat : Kerapatan
i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut
Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana
Rumusan : -
Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup…
Thursday, June 16, 2011
Petua Dapat Anak Soleh & Solehah
Pertama, perlu kita mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT agar anak meniru sikap yang kita paparkan. Jangan sekali-kali meninggalkan sembahyang atau apa-apa disyariatkan kita lakukan.
Kedua, banyakkan memohon kepada Allah SWT dengan menggunakan doa yang ma’thur iaitu doa daripada al-Quran atau Hadis.
Antaranya doa terbaik yang dipetik daripada al-Quran iaitu ayat 38 surah ali-Imran : “Rabbi Hab li Min Ladunka Zurriyatan Toiyibatan, innaka sami’ud du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”
Begitu juga surah Ibrahim ayat 40: “Rabbij’alni muqiimas solati wamin zurriyati rabbana wa taqabbal du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankan doa permohonan ku.”
Ketiga, suami isteri perlu hindarkan diri daripada sering bertengkar. Ini disebabkan, pertengkaran itu boleh menyebabkan wujud suasana tidak harmoni dalam hubungan suami isteri dan dibimbangi mempengaruhi anak.
Keempat, jauhi daripada melakukan perkara fasik atau maksiat. Apabila ibu atau ayah sukakan perkara maksiat boleh membawa kerosakan besar dalam hubungan suami isteri, begitu juga anak. Berusahalah mewujudkan suasana baik sebagai mana firman-Nya dalam surah ar-Rum ayat 21 yang bermaksud: “Dan antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati (Sakinah) dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (rahmah)…”
Kelima, banyakkan membaca al-Quran ketika mengandung. Tidak semestinya membaca ayat pilihan seperti surah Yusuf dan surah Maryam. Sebaik-baiknya, baca sehingga khatam kemudian diulang. Begitu juga apabila anda ingin membesarkan anak, dengarkan anak dengan bacaan al-Quran kerana ia boleh mempengaruhi jiwanya.
soure: cpintrass.com
BerBowling : Pemilihan bowling utk Karnival Sukan Jabatan
apapun...kena posing dulu....