Wednesday, May 18, 2011

Drama Nora Elena di Slot Akasia TV3

Lately rajin pulak aku menonton TV. klu tidak susah aku nak luangkan masa dek kepenatan kerja & kerja² rumah spt. memasak, mengemas, melayan budak kecik, mahu pon bapak budak...ehehe...baru² ni aku berkesempatan tonton drama nie 1st episod, tu pon dh stgh jam berlalu....best juga...dlm hati duk berkata jln cerita ni mcm novel aje...rupa²nya mmg betullah...next episod aku start dr awal mmg sah drama ni dr sebuah novel "kasih yang suci"....so aku terus je follow smpai skrg....xsabar nak tgu episod seterusnya...

>>>>>>>>
bermula 9 mei 2011, drama baru di slot akasia akan ditayangkan yang bertajuk Nora Elena di Slot Akasia TV3. Drama Nora Elena ini adalah adaptasi dari Novel " Kasih Yang Suci" karya Meen Zulaikha.

Pelakon Drama Nora Elena terdiri dari Siti Saleha sebagai Nora Elena, Aaron Aziz sebagai Seth Tan, Wan Sharmila sebagai Yvonne, Miera Liyana sebagai Maria Tan, Ery Putra, Zul Ariffin sebagai Eid, Fateen sebagai Adila, Ana Dahlia sebagai Azira serta ramai lagi.
Sinopsis Nora Elena Slot Akasia TV3
Nora Elena adalah kisah seorang gadis yang telah dinodai semasa dia berusia 15 tahun oleh seseorang. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya Idham (Zul Ariffin) apabila tunangnya mendapat panggilan misteri yang memberitahu bahawa tunangnya sudah tidak suci lagi. Dalam kekecewaan dan kesedihan yang melanda Nora Elena semasa itu tu, muncul seorang jejaka yang bernama Seth Tan yang berketurunan Baba Nyonya, dia sanggup berkahwin dengan Nora Elena bagi menggantikan tunang Nora Elena kerana segala persiapan perkahwinan dan hari perkahwinan semakin dekat.
Konflik berlaku apabila, Nora dan Seth Tan berkahwin, pada ketika itu barulah Nora Elena dapat tahu bahawa suaminya lah orang yang telah menodainya 10 tahun yang lalu. Malang buat Nora kerana ketika mengetahuinya mereka berdua sudahpun berkahwin dan bakal melahirkan anak Seth. Walaupun Seth sudah memeluk agama Islam dan telah insaf tapi hati Nora Elena yang terluka tetap keras dan tidak dapat memaafkan suaminya tu.
Bagaimana Seth hendak mengatasi sikap benci Nora Elena terhadapnya dan dugaan besar yang harus ditempuhi olehnya untuk memikat hari Nora Elena? Adakah Nora Elena dapat memaafkan Seth? sama-sama kita saksikannya yea. mesti best nie!!

No comments: