Tuesday, May 31, 2011

Makanan Kegemaran Korang

"You Are What You Eat !!!"

Pernah x korang dengar pepatah inggeris di atas. Maksudnya apa yang kita makan menjadi darah daging kita & apa yang telah kita makan adalah penentu bakal penyakit yang akan kita hidapi. Jadi becareful lah apa yang dimakan...Pastikan setiap makan yang diambil itu Halal, bersih, berkhasiat dan paling penting adalah bersederhana lah dalam makanan. Ikutlah sunnah nabi dalam mengambil makanan....iaitu "makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang". Ini kerana jika kita makan semasa kita lapar, sudah tentu kita mkn dengan byk sekali, jika kita makan smpai kenyang pula sudah tentu kita akan merasa malas. Byk lagi amalan pemakanan sunnah nabi nie....cari²lah dan amalkan...insyaAllah kita akan sentiasa sihat....

okey...sesaje aku nak senaraikan menu kegemaran aku tatkala hidangan tengahari ataupon malam hari :-

  • Asam Pedas (especeli asam pedas keladi)
  • Sambal tumis ikan bilis, sotong, ikan kembung + terung belanda
  • Sayur-sayuran (brokoli, bunga kubis, kacang buncis)
  • Ulam - ulaman (bebuas, jantung pisang)
  • Sambal Belacan
  • Ikan goreng, ayam goreng (yang rangup)
  • Terung goreng pedas
  • Paceri nenas, terung
  • Tempe goreng pedas + ikan bilis
  • Daging goreng bawang
  • Telur ikan duri @ plotan (masak kari)
  • Pekasam ikan sepat
  • Kerabu pucuk paku & kerabu mangga
Menu² diatas adalah yang paling aku gemar....pendek kata semua masakan kampung kena aje dengan selera aku. Serius aku katakan western food xpernah menjadi makanan kegemaran aku...tak tahulah kan masa akan datang klu selera aku berubah maybe western food pula menjadi kegemaran aku...

Makanan yang ditapau nie semestinya lauk pauk kampung...nilah menu aku kt opis...
Posing kejap sebelum makan.....


Sekian penulisan entry makanan untuk kali nie...nanti akan ku sambung pasal pemakanan sunnah untuk kesihatan di entry akan datang....

1 comment:

suha said...

waaa semua best (^_^)