Wednesday, April 27, 2011

Entry kali ini dedikasi buat mak & ayahku...

Salam...

Walaupon mak & ayah ku tidak akan mungkin baca blogku ini, namun aku ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-63 buat emakku pada 27/04/2011 (Hari ini) dan ayahku yang juga menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-72 pada bulan April iaitu 21/04/2011. Aku mendoakan kedua ibubapa ku ini sentiasa dirahmati Allah, bahagia, sihat dan selamat didunia juga diakhirat. Terima kasih kerana telah menjagaku sejak kecil dan memberi kehidupan buat ku sehingga hari ini. Hargailah & berbaktilah kepada ibubapa kita selagi mereka masih ada...







Kelihatan ayahku sedang memotong kek dikelilingi cucu²nya...emakku sibuk pula didapur xdpt join...

No comments: