Monday, February 20, 2012

INFO: Apa itu Emas, Bagi anda yang baru berjinak dgn Pelaburan Emas...

Salam...

Saja nak kongsi dgn korang info menarik berkenaan EMAS. Korang tahukan pelaburan emas ni sgt menguntungkan dalam jangka masa panjang....TAPI korang harus teliti dalam memilih pelaburan emas ni....ok jom baca info tersebut yang aku dpt dr sebuah belog emas ni....


knp saya memilih
menyimpan emas bukan wang tunai.. MENGAPA anda perlu menyimpan emas?
1. Emas
ialah kekayaan yang sebenarnya
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka
masa panjang.
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa
panjang
4. Aset yang terunggul
5. Ia tidak boleh
dimanipulasikan/dimusnahkan

Sekarang kita kupas lebih lanjut mcm mana ingin bermula..tp sblm
itu,sy ingin menerangkan terdapat 2 Cara Membuat Pelaburan Emas di Malaysia
iaitu:

1. Pelaburan secara emas fizikal (syiling emas,jongkong emas,
barang kemas)
2. Pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas (Maybank,
Public bank)

Daripada 3 kategori emas fizikal ini, cuma syiling emas dan
jongkong emas boleh dikategorikan sebagai emas pelaburan. Ini kerana syiling
emas dan jongkong emas sememangnya dibuat khusus untuk tujuan pelaburan. Barang
kemas bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi disebabkan
kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu susut nilai bagi barang kemas
adalah tinggi (25 % - 40%).

Di Malaysia, terdapat 6 institusi yang menjual emas fizikal untuk
pelaburan iaitu:
1. Maybank - Syiling Kijang Emas
2. UOB Bank – Syiling
Emas dan Jongkong Emas
3. Public Fine Gold International Sdn. Bhd. Gold –
syiling dan jongkong emas
4. Public Dinar – Dinar emas
5. Dinar Emas
Kelantan – Dinar emas
6. Kedai emas Poh Kong, Habib Jewel dan sebagainya –
jongkong emas

So,institusi mana yg terbaik utk membeli emas fizikal yea ??
Bdasarkan kajian yg telah sy lakukan,sekiranya anda membeli emas dari bank@kedai
emas,jika emas anda rosak, terguris, bcalar, bengkok, tbukak sampul@seangkatan
dgnnya,institusi ini TIDAK akan membeli semula emas anda..jadi institusi mana yg
Patut Kt Pilih ??? Jawapan sy ialah PUBLIC FINE GOLD..ok,knp sy memilih
institusi ini,adakah kerana sy seorg dealer public gold ?? Ini bukan soal sy
dealer@keuntungan komisen,tetapi ini psoalan institusi mana yg boleh menerima
semula emas kt seandainya emas kt bcalar,bengkok,terguris dan sebagainya. Di
sini,anda tidak perlu lg risau kerana Public Gold memberi jaminan akan membeli
kembali emas mereka walaupun ada kesan calar, guris, bengkok dan patah asalkan
berat tetap sama semasa timbangan. Ini sangat penting jika anda selalu
menggadaikan emas anda di Ar-rahnnu.

Sekarang anda telah mengetahui bahawa terdapat 2 jenis emas
pelaburan yang boleh dibeli iaitu emas fizikal dan akaun simpanan
emas.

Persoalannya, yang mana satu sesuai dengan anda? Emas fizikal atau
akaun simpanan emas? Jawapan saya :
BELI EMAS FIZIKAL.
Ia jauh lebih baik
daripada akaun simpanan emas. Ini kerana anda boleh menggadaikan emas fizikal
dan memperoleh wang jika memerlukan. Jadi, walaupun harga emas jatuh anda tidak
akan mengalami kerugian. Berbeza dengan akaun simpanan emas. Anda akan mengalami
kerugian jika menjual pada harga yang rendah daripada harga belian. Anda perlu
menunggu sehingga harga naik sebelum mendapat keuntungan.

Emas fizikal boleh dijual pada bila-bila masa kepada sesiapa yang
ingin membelinya walaupun ketika cuti atau waktu malam sedangkan untuk akaun
simpanan emas anda cuma boleh menjualnya di bank ketika waktu
perbankan/pejabat.
Jika anda menghadapi masalah untuk menyimpan emas fizikal
atau takut risiko kehilangan emas fizikal anda boleh menyimpan emas fizikal anda
di peti simpanan khas di bank spt RHB.



Sekian, harap dpt menambah pengetahuan.....

2 comments:

Pen Biru said...

oficemate saya pun ada jual ni.GCP.

Diyana Norman said...

kawan sy pn ade yg aktif labur emas nie