Monday, February 20, 2012

INFO: Apa itu Emas, Bagi anda yang baru berjinak dgn Pelaburan Emas...

Salam...

Saja nak kongsi dgn korang info menarik berkenaan EMAS. Korang tahukan pelaburan emas ni sgt menguntungkan dalam jangka masa panjang....TAPI korang harus teliti dalam memilih pelaburan emas ni....ok jom baca info tersebut yang aku dpt dr sebuah belog emas ni....


knp saya memilih
menyimpan emas bukan wang tunai.. MENGAPA anda perlu menyimpan emas?
1. Emas
ialah kekayaan yang sebenarnya
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka
masa panjang.
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa
panjang
4. Aset yang terunggul
5. Ia tidak boleh
dimanipulasikan/dimusnahkan

Sekarang kita kupas lebih lanjut mcm mana ingin bermula..tp sblm
itu,sy ingin menerangkan terdapat 2 Cara Membuat Pelaburan Emas di Malaysia
iaitu:

1. Pelaburan secara emas fizikal (syiling emas,jongkong emas,
barang kemas)
2. Pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas (Maybank,
Public bank)

Daripada 3 kategori emas fizikal ini, cuma syiling emas dan
jongkong emas boleh dikategorikan sebagai emas pelaburan. Ini kerana syiling
emas dan jongkong emas sememangnya dibuat khusus untuk tujuan pelaburan. Barang
kemas bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi disebabkan
kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu susut nilai bagi barang kemas
adalah tinggi (25 % - 40%).

Di Malaysia, terdapat 6 institusi yang menjual emas fizikal untuk
pelaburan iaitu:
1. Maybank - Syiling Kijang Emas
2. UOB Bank – Syiling
Emas dan Jongkong Emas
3. Public Fine Gold International Sdn. Bhd. Gold –
syiling dan jongkong emas
4. Public Dinar – Dinar emas
5. Dinar Emas
Kelantan – Dinar emas
6. Kedai emas Poh Kong, Habib Jewel dan sebagainya –
jongkong emas

So,institusi mana yg terbaik utk membeli emas fizikal yea ??
Bdasarkan kajian yg telah sy lakukan,sekiranya anda membeli emas dari bank@kedai
emas,jika emas anda rosak, terguris, bcalar, bengkok, tbukak sampul@seangkatan
dgnnya,institusi ini TIDAK akan membeli semula emas anda..jadi institusi mana yg
Patut Kt Pilih ??? Jawapan sy ialah PUBLIC FINE GOLD..ok,knp sy memilih
institusi ini,adakah kerana sy seorg dealer public gold ?? Ini bukan soal sy
dealer@keuntungan komisen,tetapi ini psoalan institusi mana yg boleh menerima
semula emas kt seandainya emas kt bcalar,bengkok,terguris dan sebagainya. Di
sini,anda tidak perlu lg risau kerana Public Gold memberi jaminan akan membeli
kembali emas mereka walaupun ada kesan calar, guris, bengkok dan patah asalkan
berat tetap sama semasa timbangan. Ini sangat penting jika anda selalu
menggadaikan emas anda di Ar-rahnnu.

Sekarang anda telah mengetahui bahawa terdapat 2 jenis emas
pelaburan yang boleh dibeli iaitu emas fizikal dan akaun simpanan
emas.

Persoalannya, yang mana satu sesuai dengan anda? Emas fizikal atau
akaun simpanan emas? Jawapan saya :
BELI EMAS FIZIKAL.
Ia jauh lebih baik
daripada akaun simpanan emas. Ini kerana anda boleh menggadaikan emas fizikal
dan memperoleh wang jika memerlukan. Jadi, walaupun harga emas jatuh anda tidak
akan mengalami kerugian. Berbeza dengan akaun simpanan emas. Anda akan mengalami
kerugian jika menjual pada harga yang rendah daripada harga belian. Anda perlu
menunggu sehingga harga naik sebelum mendapat keuntungan.

Emas fizikal boleh dijual pada bila-bila masa kepada sesiapa yang
ingin membelinya walaupun ketika cuti atau waktu malam sedangkan untuk akaun
simpanan emas anda cuma boleh menjualnya di bank ketika waktu
perbankan/pejabat.
Jika anda menghadapi masalah untuk menyimpan emas fizikal
atau takut risiko kehilangan emas fizikal anda boleh menyimpan emas fizikal anda
di peti simpanan khas di bank spt RHB.



Sekian, harap dpt menambah pengetahuan.....

Thursday, February 16, 2012

Masin Mulut....@ Kata² di Makbulkan

salam...

Just wanna share something that happened to me....

Begini....

Lebih kurang 3 minggu yang lalu....anak lelakiku yang sorang tuu diserang demam lebih kurang seminggu lamanya....disamping demam tu ada ku lihat bengkak dibahagian leher kanannya....bila di rujuk kepada doktor kata doktor itu adalah beguk...

Simpati dan sgt kesian keadaan anakku sehingga kurang aktif tp masih mahu bermain walaupon x seaktif seperti sebelum nie....keadaan bengkak dileher dia tuu membuatkan dia tak boleh nak toleh ke sebelah kanan...seolah² seperti robot pergerakannya...jika nak toleh kekanan sekali badan²nya akan ditoleh sama.
Sebelah malam jgn ckp laa....badan mmg panas memanjang, dan sedikit gelisah ketika tidornya....sebelah siang kurang bermain dan kurang pula selera makan....

......so, melihatkan keadaan anak aku seperti itu....lalu aku pon berdoa kpd Allah agarkan kurangkan la penderitaan anakku dan berikan kesakitan itu kepada ku...

dan...x lama slps tu anak aku beransur sembuh, aku pula demam (mungkin demam berjangkit dr anakku).....dan skrg aku dapati tengkuk aku juga ada bengkak sama spt anakku....bengkak itu ditempat yg sama....aku x pasti bengkak itu disebabkan apa...samada disebabkan gigi aku yg mmg pernah sakit sebelum ni...atau bengkak disebabkan doaku dimakbulkan....Wallahualam....

Sekarang anakku telah pon sembuh sepenuhnya....Alhamdulillah sihat seperti sediakala...
dan...aku perlu pula utk berjumpa doktor....klu krn gigi...aku ku setelkan hal gigi aku ni....

sekian....

Tuesday, February 14, 2012

14 Februari.....dan suatu kebetulan ♥

Hampir setengah hari pd hari ini baru aku perasan yang hari ini adalah 14 Februari...yang dikatakan 'Valentines day" laa konon....hari kekasih....kekasih siapa ??? Valentine ???
Aku x sambut....serius aku xnak sambut....apa yang lebih membuatkan aku tringat pada tanggal 14 Februari ini adalah....pada hari ini jatuhnya Hari Ulangtahun kelahiran kakak sulung sebelah suamiku a.k.a kakak ipar aku lah kan....Semoga Allah berkati umurnya juga selamat lah beliau melahirkan anaknya yang ke-6 pada Mac 2012 nie...insyaAllah....

X lupa juga keesokannya tanggal 15 Februari merupakan Hari ulangtahun kelahiran kakak sulung ku....Semoga kakak sulung ku ini diberkati Allah & dimurahkan rezeki...

see....nak dkt² kan tarikh antara kakak sulung ku dgn kakak sulung suamiku...nama pon nak dkt sama...kakakku bernama Norizah, kakak suamiku pula Norizan....kedua²nya anak sulung dlm keluarga....itu hanyalah satu kebetulan, yang mana kebetulan itu dptlah aku cerita kan kat dlm belog aku nie...

Sekian....

Wednesday, February 8, 2012

Aku tekad....

Aku ingin sesangat nak ceburkan diri dalam bisnes. Tapi setakat ini aku hanya mampu nak buat bisnes secara online....aku mesti secara serius utk mengusahakan bisnes online ni....insyaAllah tunggu....bisnes apa....tunggu....
________________________________________

hari ni....saja nak kongsi 1 quote yang aku dapat kat facebook...menarik...sangat menarik.....iaitu.....

"jika kita selalu ingat duit bermakna kita hamba duit, jika kita selalu ingat Allah bermakna kita hamba Allah"

quote diatas betapa menyedarkan aku.....

duit mmg 1 keperluan tapi ia bkn kebahagiaan sebenar......jika duit tak berkat, ada 1 juta dlm tangan pon masih ingin mencari duit......

sekian, entry versi mengantuk dariku buat hari nie....

Friday, February 3, 2012

♥Buku apa yang menarik di kala ini bagi aku.....☺☺♥

Salam...

Hari jumaat di opis sangatlah seronok....kerana apa....kerana masa berkerja yang pendek....punyai waktu rehat yang panjang....Bila waktu rehat yang panjang....Panjang jugalah kaki....jangan panjang tangan sudah laa....☺

Hari ni....aku telah berkenan untuk menuju ke kedai buku popular. oklah malas nak cerita panjang (bkn xnak taip pjg, aku mmg seorang yang kurang kata² heheheh)....ini dia 2 buah buku yang aku telah rembat kat popular....harap ia bermanfaat untuk aku...


Semua orang tahu kan...makan buah²an ni bagus untuk kesihatan....insyaAllah nanti aku aku kongsikan kebaikan isi buku nie...

dan 1 lagi buku adalah...jeng jeng jeng....


aku membeli buku nie sbb aku tringin nak solek pengantin ....hehehe...in case klu ade sedara mara nak bertunang ke ape...bleh laa aku hulurkan khidmat....☺☺