Monday, November 25, 2013

Ku sapukan Habuk di Blog Mulai Saat Ini... Doakan Aku

Assalamualaikum... Dengan kesibukan dan dengan kemunculan media social lain, menjadikan aku semakin liat nak meng'updet' blog kesayangan aku nie... bukan aku lupa tapi masa tidak mengizinkan... Kali ini aku harap aku lebih rajin kerana aku sedang try buat bisnes menjual pakaian kanak² sebagai mengisi masa terluang aku yang ada.. In Shaa Allah... Okey, berbalik kepada blog yang aku x jenguk begitu lama juga... terdetik aku untuk membaca entry² aku yg lepas²... kenapa aku rasa begitu lucu dengan entry² aku sendiri... x lupa dengan komen² ikhlas para blogger yg sudi beri komen...aku bacanya dengan rasa suka sekali... Terima kasih pada yang sudi singgah & yang sudi follow... Terima kasih banyak²... Semoga kita dapat menjadi kawan dan bertukar pandangan... I hope I will be serious to update blog often... Salam...

Monday, March 19, 2012

First time @ First Lady Boutique

Salam...

Susahnya nak mencari baju ready made.
Bukan susah nak mencari kedai yang jual baju ready made...
tapi susah nak mencari saiz baju ready made bersaiz kecil...
Aku biasa pakai saiz 36 @ S @ XS....almaklumlaa aku nie kategori bersaiz kecik molek...
susah....klu saiz 36 tu plak blom tentu betul² saiz 36....kdg tu besar jugak mcm saiz 38, S pulak kdg mcm saiz M....

Tapi alhamdulillah....kat First lady aku dapati saiz 36 @ S @ XS betul² menepati potongan orang bersaiz kecil....so kemarin aku berkenan laa dgn satu baju kurung yang aku kira cantik menawan dan sgt affordable....jadi dapatlah 1 baju ready made untuk aku..

Masalah saiz ini lah yang menyebabkan aku x suka membeli baju ready made...

p/s: Entry ini sepi tanpa gambar...lupa nak snap gambar...

Thursday, March 15, 2012

☺Sekadar Renugan ☺

Fikir²kan...renung²kan...dan selamat beramal....
(Pinjam quote Prof.Izi)...hehehe

--------------------------------
"Sesiapa Yg Menghina Seseorang Kerana Dosa Yg Pernah Dilakukannya, Maka Dia Tidak Akan Mati Sebelum Melakukan Dosa Tersebut" (Riwayat Tirmizi).

Kesimpulannya : Sesiapa Yg Menghina/Mengutuk/Mencaci/Mengumpat Seseorang Yg Pernah Melakukan Perkara Yg Tidak Baik/Buruk, Maka Org Yg Menghina/Mengutuk/Mencaci/Mengumpat Itu Tidak Akan Mati Sebelum Dirinya Melakukan Perkara Tersebut. Wallahulam.... Allah Itu Maha Adil. Renung²Kanlah Yer...

-------------------
p/s: to me...janganlah menghina org lain sebaliknya berdoalah untuk dia supaya berubah menjadi baik...kerana diri kita pon ada kelemahannya....


Sekian....

Wednesday, February 22, 2012

Betul tu.....setuju sangatt....



► Kita tulis benda2 baik..Tak semestinya kita baik..
»» tapi sekurang kurangnya kita tak tulis sesuatu tak baik kan? ✔

► Kita cakap benda baik, tak semestinya kita baik..
»» tapi sekurang-kurangnya kita tak cakap perkara2 tak baik kan? ✔
...
► Kita buat baik, tak semestinya baik..
»» tapi sekurang-kurangnye kita tak buat benda yang tak baik kan? ✔

••► Kita bukanlah bagus sangat..tapi InsyaAllah, tak salah kita menuju dan berusaha untuk menjadi baik..Amin Ya robbal 'alamin.......''




Monday, February 20, 2012

Teknik Dan Tips membuat Muffin

Salam...

Akhirnya aku dh terjumpa tips mcmana nak bikin muffin. Selalu tips yang aku jumpa susah nak aku paham. Tips muffin kali ni aku jumpa dr belog hanamemories.blogspot.com...
Aku bkn apa tringin nak buat muffin hingga menjadi....malah aku juga tringin nak buat bisnes muffin ni secara serius....

Teknik dan Tips Membuat Muffin

ALkisahnya.. Muffin berasal dari bahasa Perancis moufflet yang bererti roti yang lembut. Dalam bahasa Jerman muffe yang merujuk pada salah satu jenis kek. Muffin dikategorikan sebagai quick bread kerana proses pengembangannya tidak menggunakan yis tetapi baking powder@soda bikarbonat dan juga telur. Baking powder mutlak dalam pembikinan muffin. Sedangkan soda bicarbonat tidak wajib, hanya ditambah ke dalam adunan yang biasanya mengandungi coklat atau yang mengandungi byk cairan dan buah2an utk `mengering`kan adunan.

Cara mengaduk adunan

Prinsip dasar membuat muffin adalah mencampurkan bahan kering dan bahan cecair. Aduk campuran bahan dengan senduk kayu/spatula hanya beberapa kali sahaja (biasanya 5 kali) asal bercampur semuanya. Jangan dikocok@mixer! Adunan yang terbentuk memang tidak licin, berbongkah-bongkah, bahkan kadang kala masih terlihat bahan kering belum menyatu dengan bahan basah. Bila adunan terlalu lama di aduk akan menghasilkan gluten, yang akan mengakibatkan muffin menjadi bantat, dan teksturnya kasar dan penuh lubang.

Cara menuang adunan ke dalam cup

Tuang adunan muffin ke dalam cetakan menggunakan sendok atau skoop aiskerim hingga hampir penuh atau 3/4 penuh agar tinggi permukaannya selepas masak. Ketika menuang, adunan muffin harus dalam bongkahan yang besar, bukan mengalir seperti kek (tanda muffin terlalu banyak di aduk). Jika lubang tray muffin tidak terpakai semua, isikan juga dengan mangkuk kertas agar loyang tidak terlalu panas dan mengakibatkan loyang cepat rosak dan muffin yang berdekatan dengannya kurang kelembapan.

Cara membakar Muffin

Salah satu kunci kejayaan membakar muffin adalah kepanasan oven yang tepat! Panaskan oven suhu 200darjah celsius selama 20min. Pasang rak di tengah, bila terlalu ke bawah, dasar muffin akan terlalu kering, bahkan kosong. Adunan yang sudah di tuang harus terus dibakar. Untuk hasil terbaik, usahakan membakar muffin sekali harung sahaja! Biasanya hasil yang kedua tidak sebaik yang pertama. Jika terlalu banyak, campurkan adunan kering dan basah setengah bahagian dahulu, setelah adunan pertama masak, baru campur baki adunan dan terus dibakar.

Masa membakar muffin antara 20-25min, Untuk mengetahui muffin masak, masukkan sebatang lidi ditengah muffin, jika masih melekat maknanya belum cukup masak. sebaliknyer jika lidi dilihat bersih bererti muffin sudah masak. Muffin yang sempurna pembuatannya adalah permukaannya yg menggunung dan berlaku sedikit rekahan! teksturnya tidak halus seperti cake, tetapi berlubang kecil rata dan lembab. Jika muffin hanya naik sebelah, maknanya oven terlalu panas. Masing2 mempunyai oven yang berbeza2 suhu kepanasannya. Maka sesuaikanlah mengikut kepanasan suhu oven masing2. Jika suhu 200 muffin yang di masak cepat hangus, maka turunkan 10darjah celsius.

Penggunaan Loyang

Ada dua ukuran standard muffin iaitu yang berlobang 6 utk 200ml dan berlubang 12 utk 100-150ml. Selain yang berlogam ada juga yang bersilikon. Loyang yang berwarna gelap lebih menyerap panas. Oleh sebab itu turunkan suhu 15-20 darjah celsius dari panas yang diminta dalam resepi saat menggunakannya.

Sekian.