KHASIAT TABIAT MINUM AIR
p/s:I got this from my mailbox and just wanna share it with y'all
MENGANTUKNYA! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk. Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak,rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.
Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap airdengan rasa lapar.
Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan airkerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan airhingga satu peringkat tertentu.
Paras garam akan meningkat apabila simpanan airdalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan airserta mencetuskan rasa dahaga.
Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.
Airadalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus airdan 55 peratus bagi wanita. Airbertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.
Kandungan airdalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan airdalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.
Badan mengalami kehilangan airsepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui airkencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan airdalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas airyang hilang melalui pernafasan.
Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minumsekurang- kurangnya lapan gelas atau satu literairsetiap hari. Sumber airbukan hanya daripada airminuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Berapa banyak airyang kita perlukan?
Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas airatau satu literairsehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak airmelalui peluh.
Airyang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak airmenyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.
Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minumlebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.
Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minumbanyak air. Kekurangan airmerendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.
Masalah retensi airatau ketidakbolehan badan mengeluarkan airdari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minumlebih banyak airuntuk menggalakkan pembuangan airberlebihan.
Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui airkencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiatmakanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.
http://tinyurl. com/taman2syurga
Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan airtanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minumbanyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa airyang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.
Tanpa airyang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang, jika kekurangan airmeningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.
Kesan kekurangan cecair
Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:
-Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
-Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
-Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau - bahan bacaan bercetak
-Tekanan darah menurun
-Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
-Lesu pada waktu siang
-Sakit belakang
-Dehidrasi
-Sakit kepala
-Memperlahankan kadar metabolisma
-Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
-Sendi dan otot mengalami kekeringan
-Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
-Meningkatkan keinginan untuk makan
-Darah menjadi pekat
-Mudah keliru.
-Degupan jantung meningkat
-Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan
No comments:
Post a Comment