Tuesday, December 1, 2009

Jalan² Cari makan...

Semalam kitorang dinner kat luar. Aku bgtau hubby nak dinner kat Restoran Tomyam Udang area Jelutong tu...teruja beb 1st time nak mkn kat situ. Sebab aku duk lalu kt situ sentiasa penuh dgn customer. Lidah aku nie nak makan segala mak nenek yang ada kt situ terutama menu speselnya yg aku agak tu adalah tomyam udang laa..sbb restoran tu nye nama laa. Setibanya di tempat tersebut rasa hampa menerjah di hati ku bila ku lihat restoran tersebut tutup sempena hari raya haji...adusss...lps tu...hubbyku tanya nak mkn kt mana lak nee...so aku kata ntah laa dh hampa ni xtau nak decide mkn kat ner ni dah...uwaaa...last²....hubby ku kata...JOM makan kat Marton Corner Seafood...padaku berat sikit la mkn kt situ sbbnya kat situ selain tempat 'mencekik' ia juga dikenali sbg tmpt "cekik darah"...pastu aku bg cdgn ke Ara Seafood. Ni mmg tmpt peberet aku laki bini laa...tempat ni sungguh enak & harga pon sungguh2 berpatutan...so laki ku memecut kesana, maklum la perut pon dh lapar kena la pecut lagipula anak kami tu hampir tertido dlm keta, kang xleh mkn pula. Tapi nasib xmnyebelahi kami lg sekali restoran ni juga tutup, terjah ke pak husin tomyam pon sama gak...so jln terakhir adalah pergi ke marton corner la jwbnya. smpai disana order bagai...selang 10 minit jiran sblh rumah pun smpai juga kt situ dgn cerita yg sama iaitu kedai yg depa nak p tu tutup (restoran tomyam udang tu laa)...duduk bersebelahan meja kitorang...ehehe macam berjanji pula... Tgh tunggu makanan...


Layan Si Thaqif ni duk tgk ikan dlm aqurium dpn kami tu..


Aquarium kt depan kami..


Thaqif ni sbnrnya tak suka duduk dlm baby chair nih...nak turun je keja dia


______________________________________

Radix Pizza House

Cerita bab makan nie..aku pon nak cerita alkisah makanan halal yang dipelopori oleh org muslim kita. AKu mengucapkan terima kasih kpd HPA kerana menyediakan makanan halal yang setanding makanan yang ada dipasaran sekarang.
Baru² ni aku telah mengunjungi Radix Pizza House...betapa aku bangga masuk ke dlm tu bagaikan akulah yg punya restoran pizza tu. aku bukanlah bangga apa..cuma bangga org melayu / muslim menerajui perniagaan ini. Aku telah merasai pizza tersebut sungguh enak mmg enak setanding pizza hut. skrg mmg aku telah boikot restoran fast food segera dr US sepenuhnya...telah lama ku tinggal. Kini Alhamdulillah...kita sbg muslim telah ada alternatif makanan halal.
Bagi aku sekeluarga kami amat menitikberatkan soal halalnya makanan yang kami makan kerana ku tahu " Hati itu ditempa dgn apa yang kita makan"..aku sebolehnya mengelakkan makanan syubhah yang aku rasa ragu2 dr segi ingredientnya & juga cara penyediaannya. Lagi Pula " Mencari yang halal itu adalah Wajib bagi umat islam".
Tapi...aku sedih & terlalu sedih kdgkala melihat sahabat handai disekeliling ku tidak mempedulikan akan halal haram makanan...apakan daya ku utk menegur...
oklah....cukup...cukup..
selain pizza radix ni..aku juga pernah bbrp kali makan di Radix Fried Chicken...iaitu restoran fast food yg menyajikan ayam goreng organik. Aku bukan nak promote yer...nak cuba p laa try...

Tgh tunggu pizza..




No comments: